CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 594|Reply: 0

[Sabah] 675 kes dan dua kluster baharu dikesan

[Copy link]
Post time 4-11-2021 06:25 AM | Show all posts |Read mode
Kes baharu COVID-19 di Sabah sekali lagi merekodkan peningkatan tinggi dengan jumlah sebanyak 675 kes hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, jumlah berkenaan mencatatkan peningkatan sebanyak 126 kes berbanding kes yang direkodkan semalam.

Katanya, sebanyak 18 daerah mencatatkan peningkatan termasuk 10 daerah merekodkan peningkatan ketara iaitu Ranau, Kota Kinabalu, Tuaran, Kinabatangan, Sandakan, Keningau, Sipitang, Kota Marudu, Papar, dan Putatan.

Menurutnya, sembilan daerah lagi mencatatkan penurunan namun hanya dua daerah yang menunjukkan penurunan signifikan iaitu Tawau dan Kudat.

"Terdapat dua kluster baharu direkodkan iaitu Kluster Sawit Jati di Kinabatangan yang dikesan menjangkiti seramai 25 orang dengan 22 adalah kes baharu.

"Satu lagi kluster baharu iaitu Kluster Tumbalang di Ranau yang setakat ini menjangkiti 56 orang termasuk dua kes baharu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, saringan bergejala kekal tinggi dengan 258 kes atau 38.2 peratus daripada jumlah kes keseluruhan. Kes yang sinonim dengan kes-kes sporadik seringkali dikaitkan dengan kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan.

Masidi berkata, daripada 675 kes hari ini, 442 kes atau 65.5 peratus adalah kes-kes yang berlaku dan didaftarkan dalam tempoh 24 jam yang lalu. Selebihnya adalah kes yang didaftar lewat dua hari atau lebih selepas keputusan saringan diketahui.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.136342 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list