View: 676|Reply: 2
|
[Sarawak]
Projek CIQ Ba'Kelalan terbengkalai ditender semula
[Copy link]
|
|
Projek pembinaan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Ba’Kelalan yang terbengkalai sebelum ini akan ditender semula untuk disiapkan.
Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata projek ini dilengkapi prasarana lengkap sejajar perkembangan pembukaan Kalimantan sebagai ibu negara baharu Indonesia.
Beliau berkata pelaksanaan projek ini bakal dilakukan kontraktor baharu berikutan kegagalan pihak kontraktor terdahulu melaksanakan projek ini.
“Kerajaan akan mengeluarkan semula surat tender sebaik kerja-kerja menilai bangunan ini siap,” katanya ketika melawat tapak projek di Puneng Ba Kelalan pada Selasa.
Hadir sama, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Henry Sum Agung, Menteri Muda Pemodenan Pertanian Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Timbalan Residen Bahagian Sebi Abang dan Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok.
Awang Tengah yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Kedua serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak menjelaskan projek sakit itu berdepan lebih dua tahun kelewatan dan kontraktor terdahulu sudah ditamatkan perkhidmatan.
“Apa yang mengejutkan ialah tiada kemudahan kuarantin di CIQ dan kenderaan panjang tidak akan dapat membelok dalam pelan awal, selain kelemahan kekurangan susun atur dan keselamatan cerun dalam projek akan ditambah,” ujarnya.
Awang Tengah dan rombongan turut melawat tapak sempadan Puneng Kelalan dan Long Midang Kalimantan serta turut meninjau jalan daif ke Bario yang dibina di bawah projek Jiwa Murni sebelum ini.
Beliau telah mengarahkan agensi pelaksana Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) untuk mempercepatkan pelaksanaan jalan Long Lopeng-Ba'Kelalan melalui peruntukan RM80 juta di bawah kerajaan persekutuan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).
"Ia akan menjadi jalan standard R3 dan bukannya R2 dan saya akan mencadangkan supaya kerja-kerja pembinaan dilakukan dari sempadan ke Long Lopeng untuk menyambung terus jalan Sambungan Sarawak-Sabah (SSLR) dari Lawas ke Long Lopeng nanti," katanya.
Dengan pembinaan serentak jalan ini oleh JPS bersama SSLR di bawah Jabatan Kerja Raya, jelasnya, ia akan mempercepatkan cadangan sambungan di Long Lopeng termasuk jalan masuk kampung yang tersenarai di sepanjang laluan itu dimasukkan.
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku x kisah nk tender semula...
yang aku kisah kontraktor sebelumnya...mkn kenyang xde tindakan ke dr kerajaan?? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kontraktor sebelum memang kena LAD tu
dan mungkin baru dapat berapa % jumlah kontrak
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|