CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 637|Reply: 0

[Terengganu] Warga emas 80 tahun miliki MyKad kali pertama

[Copy link]
Post time 4-11-2021 11:11 AM | Show all posts |Read mode

Badrul Hisham (kiri) menyerahkan MyKad kepada Awang (kanan) di kediamannya di Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu sempena Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) JPN pada Rabu.

KUALA TERENGGANU - Seorang warga emas dari Kampung Pulau Rusa, di sini memiliki MyKad kali pertama ketika berusia 80 tahun.

Kad pengenalan diri Awang Che Salleh, 80, diserahkan Pengarah Bahagian Kad Pengenalan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Badrul Hisham Alias sempena Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) di kediaman warga emas terbabit, pada Rabu.

Menurut Badrul Hisham, masalah ketiadaan kad pengenalan Awang diketahui melalui perkhidmatan turun padang secara bergerak (Mobile Ehsan) yang dijalankan jabatan berkenaan.

Katanya, masalah kesihatan dialami warga emas itu seperti penyakit angin ahmar (lumpuh sebelah badan) dan tidak boleh bertutur menyebabkan pergerakannya terbatas.

"Awang dilahirkan di Kampung Serada, Terengganu pada 26 Julai 1941. Disebabkan keluarganya mengalami masalah kewangan, dia dibesarkan oleh keluarga angkat yang juga bapa sepupunya sejak berusia 3 tahun.

"Selepas keluarga angkatnya meninggal, dia kini dijaga oleh adik kandungnya dan tidak pernah bersekolah serta tidak berkahwin," katanya dalam kenyataan kepada pemberita pada Khamis.

Hadir sama, Pengarah JPN Terengganu, Mohamad Nasir Kareem.

Menurut Badrul Hisham, Program MEKAR JPN merupakan program turun padang bagi urusan pengeluaran dokumen pengenalan diri seperti MyKad, dan sijil kelahiran kepada golongan orang kurang upaya (OKU), warga emas, pesakit terlantar dan mereka yang tinggal di pedalaman.

Katanya, JPN akan terus menjalankan aktiviti turun padang dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengekang penularan Covid-19.

"Kita sentiasa prihatin dalam menjalankan aktiviti turun padang yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat selaras dengan slogan ‘Rakyat Di Hati JPN’.

"Ia merupakan pendekatan produktif JPN bagi memastikan setiap penduduk di Malaysia yang layak menerima dokumen pengenalan diri yang sah sekali gus membolehkan mereka menikmati pelbagai kemudahan ditawarkan kerajaan," ujarnya.

Beliau berkata, orang ramai boleh menghubungi talian 03-8880 8014/7077 atau e-melkan ke [email protected] bagi mendapatkan maklumat lanjut Program MEKAR atau untuk mendapatkan janji temu bagi perkhidmatan ituhttp://[email protected].
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -MyKad-kali-pertama
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.083213 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list