View: 503|Reply: 0
|
[Sarawak]
Bas ekspres dan bas berhenti-henti beroperasi pada kapasiti 100%
[Copy link]
|
|
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri membenarkan perkhidmatan bas ekspres dan bas berhenti-henti beroperasi pada kapasiti 100% tempat duduk penumpang mulai 5 November 2021.
Keputusan ini dibuat berdasarkan saranan dari Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) setelah mengambilkira kadar vaksinasi COVID-19 yang tinggi dan menyeluruh di negeri ini, permohonan dari Sarawak Bus Transport Companies Association (SBTCA) dan persetujuan Jawatankuasa Pengangkutan Awam Negeri (SPTC) dalam mesyuaratnya pada 21 Oktober 2021.
Perkhidmatan bas ekspres dan bas berhenti-henti berperanan penting dalam menyokong penjanaan dan menggiatkan semula sektor ekonomi terutamanya pengangkutan barang dan pergerakan penumpang. Selanjutnya keputusan ini juga merupakan persediaan bagi peralihan dari fasa pandemik (Fasa 3) ke endemik (Fasa 4) di mana lebih banyak aktiviti sosial dan ekonomi akan dibenarkan beroperasi.
Pengusaha syarikat bas ekspres dan bas berhenti-henti serta penumpang diminta mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan JPBNS termasuklah dalam penggunaan pelitup muka, pengimbas suhu badan dan Kod QR MySejahtera.
Stay Vigilant, Stay Safe, Stay Healthy, Save Lives
Jaga Sarawak, Intu Sarawak
SEKRETARIAT
JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI SARAWAK
04 NOVEMBER 2021
5.00 PETANG
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|