View: 635|Reply: 0
|
[Sarawak]
Sarawak berhak lebih dari RM5 billion
[Copy link]
|
|
Pembangkang telah cuba mengelirukan rakyat dengan mengatakan bahawa Sarawak menerima kurang daripada 2 peratus daripada Bajet 2022.
Ahli Parlimen Bintulu, Dato Seri Tiong King Sing mendedahkannya dan berkata kenyataan ini sengaja mengabaikan hakikat bahawa bajet RM332.1 bilion mesti diluluskan terlebih dahulu.
Katanya kemudian sebaik sahaja RM233.5 bilion perbelanjaan mengurus ditolak, bakinya sebanyak RM75.6 bilion akan digunakan sebagai peruntukan perbelanjaan pembangunan untuk 11 negeri dan 2 wilayah persekutuan.
"Walaupun peruntukan ini dibahagikan berdasarkan keluasan dan penduduk setiap negeri penerima, ia perlu diselaraskan lagi berdasarkan keadaan sebenar dan sumbangan ekonomi negeri-negeri tersebut,"tambahnya di laman facebooknya hari ini.
Tiong berkata dalam kes Sarawak, kita telah menyumbang sejumlah besar hasil minyak kepada Persekutuan Malaysia.
"Adalah wajar bahawa Sarawak menerima lebih banyak peruntukan pembangunan untuk menaik taraf infrastruktur Sarawak dan memberi kembali kepada rakyat Sarawak,"tambahnya.
Oleh itu, beliau berharap kerajaan pusat akan mempertimbangkan untuk memasukkan lebih banyak peruntukan untuk Sarawak dalam Bajet akan datang kerana Sarawak dan Sabah berhak mendapat pembiayaan pembangunan yang lebih tinggi.
Katanya jika peruntukan perbelanjaan pembangunan RM75.6 bilion dibahagikan sama rata antara 11 negeri dan 2 wilayah persekutuan, masing-masing akan mempunyai RM5.82 bilion.
"Bagaimanapun, Sarawak diakui sebagai heavy weight dalam sumbangan ekonomi kepada negara. Jadi munasabah, jumlah peruntukan sepatutnya melebihi RM5 bilion," tambahnya.
credit
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|