CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 595|Reply: 0

[Sabah] 17.4 peratus pesakit kanser mulut di Malaysia dari Sabah

[Copy link]
Post time 8-11-2021 01:26 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Kira-kira 17.4 peratus pesakit yang dikenal pasti menghidap kanser mulut di Malaysia adalah dari Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, angka itu diperolehi hasil daripada saringan kanser mulut pada tahun 2020 menerusi Program Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia.

Beliau berkata, walaupun peratusan itu dilihat kecil, namun ia tidak boleh dipandang remeh oleh rakyat.

"Daripada 42,771 pesakit yang disaring pada tahun 2020 di Sabah, seramai 5,420 orang mempunyai tabiat berisiko tinggi kanser mulut, iaitu pengambilan tembakau, sirih dan juga pengambilan alkohol berlebihan.

"Selain itu, hanya lebih kurang 50 peratus rakyat Malaysia menyedari bahawa pengambilan alkohol dan pengunyahan sirih dapat meningkatkan risiko mereka untuk mendapat kanser mulut.

"Justeru amat penting untuk membuat pemeriksaan awal di klinik pergigian jika didapati ada tanda atau gejala", katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Minggu Kesedaran Kanser Mulut 2021 Peringkat Negeri Sabah bertemakan #JomCheckMulut secara maya di sini, hari ini.

Minggu Kesedaran Kanser Mulut tahun ini diadakan selama seminggu mulai 7 sehingga 13 November di seluruh negara.

Hajiji berkata, kajian yang dilakukan dalam kalangan rakyat Malaysia mendapati bahawa tabiat mengunyah sirih dapat meningkatkan risiko kanser mulut sebanyak enam kali ganda berbanding mereka yang tidak mengamalkan sebarang tabiat.

Manakala katanya, pengamalan ketiga-tiga tabiat ini sekali gus akan meningkatkan risiko mendapat kanser mulut sebanyak 22 kali ganda.

"Malangnya, kesedaran terhadap tabiat-tabiat berisiko ini adalah amat rendah," katanya.

Katanya, di Malaysia, didapati kebanyakan kes kanser mulut dikesan di peringkat yang lewat dengan lebih daripada 60 peratus dikesan pada advanced stages atau peringkat lanjut, stage ketiga) dan keempat.

Menurutnya, antara faktor penyumbang utama untuk pengesanan lewat adalah kurangnya kesedaran tentang kepentingan pemeriksaan dan pengesanan awal dalam kalangan rakyat Malaysia.

Beliau berkata, walaupun kanser mulut memberi impak yang amat teruk kepada pesakit, namun hakikatnya kanser mulut boleh dicegah.

"Justeru, kerajaan negeri berharap agar lebih banyak kempen diadakan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat di negeri ini.

"Saya juga berharap aktiviti turun padang untuk membuat saringan awal pengesanan kanser mulut dan kempen kesedaran ini akan diperluaskan hingga ke pedalaman negeri ini," katanya.

Menyentuh Minggu Kesedaran Kanser Mulut 2021, Hajiji berkata kempen itu bukan sahaja dilaksanakan di semua klinik pergigian kerajaan di seluruh negeri, malah turut membabitkan penyertaan klinik pergigian swasta dan universiti.

"Kerajaan negeri amat menghargai usaha dibuat Kementerian Kesihatan untuk meningkatkan kesedaran kanser mulut dalam kalangan rakyat.

"Marilah kita bersama-sama mengambil cakna mengenai penyakit kanser mulut ini dengan mendapatkan saringan awal serta mengelakkan faktor risiko yang menyumbang kepada kejadian penyakit ini.

"Usaha dan inisiatif untuk membantu serta menyokong pesakit dalam perjalanan untuk melawan kanser mulut juga harus dipertingkatkan agar mereka dan keluarga dapat menikmati kehidupan yang lebih sejahtera selepas mendapat diagnosa kanser," katanya.


utusanborneo.com.my/2021/11/08


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.094517 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list