CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 674|Reply: 0

[Terengganu] Murid teruja dapat kembali ke sekolah

[Copy link]
Post time 8-11-2021 03:53 PM | Show all posts |Read mode

Guru SK Tengku Ampuan Mariam menyambut ketibaan murid di pintu masuk sekolah sebelum mereka diperiksa suhu badan.

KUALA TERENGGANU – Gembira dan teruja.

Itu gambaran perasaan murid-murid yang akhirnya dapat hadir ke sekolah bagi memulakan sesi pembelajaran secara bersemuka di negeri ini bermula Isnin.

Setelah sekian lama menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), kelihatan murid tiba di sekolah dengan ceria untuk berjumpa rakan-rakan dan guru yang sedia menunggu mereka sejak awal pagi.

Ibu murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Ampuan Mariam, Suhaza Shariff, 41, berkata, anaknya, Nur Kasih Hilman, bangun dari tidur seawal jam 6.30 pagi untuk bersiap ke sekolah.

“Biasanya dia payah bangun pagi, tapi hari ini berbeza. Katanya tak sabar nak ke sekolah untuk jumpa cikgu dan kawan-kawan.

“Sebagai pelindung diri dia di sekolah, saya bekalkan cecair pembasmi kuman dan pesan agar sentiasa pakai pelitup muka serta ikut arahan cikgu,” katanya yang tinggal di Kampung Kolam.

Menurut Suhaza, sebagai ibu dia juga lega dengan pembukaan semula sekolah kerana pembelajaran secara semuka lebih banyak kelebihan, berkesan dan efektif kepada murid berbanding PdPR.

“Bukan bermaksud kita mahu lepaskan tanggungjawab tetapi di rumah anak-anak kurang fokus.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -kembali-ke-sekolah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.166949 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list