CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 775|Reply: 1

[Johor] Bunyi bot membongkar ketibaan Pati

[Copy link]
Post time 8-11-2021 09:16 PM | Show all posts |Read mode
Bunyi bot membongkar ketibaan Pati[size=0.8][size=0.9]Mary Victoria Dass
[email protected]


Seramai 16 PATI ditahan di Pulau Kerengge.



Kota Tinggi: Tentera Darat Malaysia (TDM) menggagalkan cubaan pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Indonesia memasuki negara ini secara haram menerusi Op Benteng di sekitar kawasan Pulau Kerengga, Teluk Ramunia, awal pagi hari ini.

Jurucakap Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) berkata, anggota yang bertugas di Pos Pemerhati mengesan bunyi bot yang mencurigakan berhampiran kawasan berkenaan.

Menurutnya, hasil maklumat, pasukan Tim Quick Reaction Force (QRF) melakukan serbuan pada 1.20 pagi dan berjaya menahan 16 Pati yang baharu mendarat.

Katanya, mereka terdiri daripada 13 lelaki dan 3 wanita warga Indonesia berusia antara 19 hingga 46 tahun.

"Mereka dipercayai menceroboh masuk perairan negara menerusi laluan tidak sah.

"Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM12,000 membabitkan mata wang RM2,925, Indonesia IDR 15,184,420 (RM1,503) bersama 13 telefon bimbit serta jam tangan pelbagai jenama.

"Kesemua Pati yang ditahan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang bagi menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Setia Tropika," katanya menerusi siaran media.

Disiarkan pada: November 8, 2021 @ 6:06pm






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2021 09:19 PM | Show all posts
pastu simpan dlm lokap bg mkn tanggung berak semua kannnn
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.457334 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list