CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 345|Reply: 0

[Sarawak] Rokok, minuman keras tanpa cukai Kastam lebih RM1.88juta dirampas

[Copy link]
Post time 9-11-2021 11:24 AM | Show all posts |Read mode





LIMBANG, 9 November: Taktik licik sindiket penyeludupan rokok dan minuman keras tanpa cukai menjadikan rumah kediaman sebagai gudang berjaya dihidu pihak berkuasa.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sarawak ACP Zulfikar Mohd Ghazali berkata dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Sentosa pada Jumaat lepas, sejumlah RM1,888,176 juta rokok dan minuman keras pelbagai jenama dirampas.

Beliau dalam satu kenyataan semalam berkata seorang lelaki warga tempatan turut ditahan selain merampas sebuah van yang dijadikan salah satu tempat penyimpanan barangan tidak bercukai tersebut.

Katanya, kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967.

ACP Zulfikar memberitahu tangkapan dan rampasan tersebut diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Beliau dalam pada itu menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penyeludupan haram di Sarawak, untuk menghubungi talian 082-334111 atau melalui Facebook Pasukan Polis Marin Sarawak.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.136439 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list