CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 337|Reply: 0

[Sabah] Perintah Berkurung baharu dilanjut hingga 26 November

[Copy link]
Post time 9-11-2021 02:40 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Perintah Berkurung baharu siri 174 (2021) mula berkuat kuasa selama 14 hari bermula 11 hingga 26 November 2021.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata, arahan itu dilaksanakan oleh Menteri Dalam Negeri di bawah Seksyen 31(4) Akta Polis 1967 membabitkan tujuh kawasan perairan.

Katanya, ia termasuklah daerah Sandakan, Beluran, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau.

"Dengan berkuatkuasanya Perintah Berkurung ini, orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan dikehendaki berada di dalam rumah dan orang lain tidak dibenarkan memasuki atau berada di kawasan yang diisytiharkan antara jam 6 petang sehingga jam 6 pagi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, Perintah Berkurung di kawasan laut bertujuan memastikan kawasan perairan berkenaan tidak dicerobohi oleh pengganas yang mengancam keselamatan.

Menurutnya, arahan itu juga bagi menjaminkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan yang berada di daratan kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE).

Idris berkata, ia turut memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap  pergerakan bot, menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada  pengusaha dan aktiviti-aktiviti perikanan.

"Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di kawasan berkenaan untuk mengeluarkan permit kepada mana-mana pemohon yang memenuhi syarat bagi tujuan aktiviti-aktiviti perikanan atau laluan melalui kawasan Perintah Berkurung yang mendesak," katanya.


utusanborneo.com.my/2021/11/09

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.063593 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list