CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 394|Reply: 0

[Sabah] Dua bulan tempoh diberi untuk tinggalkan kawasan setinggan

[Copy link]
Post time 9-11-2021 02:42 PM | Show all posts |Read mode


MUSNAH: Masiung melawat rumah setinggan yang telah dimusnahkan oleh kontraktor pemaju.

KOTA KINABALU: Penghuni setinggan menduduki tapak projek komersial Jalan Dato di Manggatal yang menerima arahan Mahkamah supaya berpindah serta-merta telah mendapat simpati kerajaan.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB), Datuk Masiung Banah membuat lawatan mengejut di tapak pembinaan bersebelahan Kampung Tobobon itu kelmarin selepas menerima aduan penduduk apabila struktur rumah mereka dirobohkan oleh kontraktor pemaju sebaik sahaja mendapat arahan Mahkamah.

Serentak dengan itu, Masiung mengarahkan pemaju memberi tempoh dua bulan kepada penghuni setinggan bagi memberi kelonggaran kepada mereka mencari tempat tinggal baharu dan mengutip semula bahan binaan rumah yang telah didirikan.

Beliau menolak cadangan kontraktor pemaju memberikan tempoh singkat hanya dua minggu bagi penghuni mengosongkan kawasan tersebut sebaliknya bertegas agar warga setinggan itu diberi ruang sehingga 31 Disember depan.

Beliau berang dengan tindakan pemaju merobohkan sebahagian rumah-rumah setinggan itu menggunakan jentera berat setelah penghuninya gagal mengosongkan tapak berkenaan setelah diberi notis dalam tempoh singkat.


BINCANG: Masiung (dua kanan) mendengar taklimat dari kontraktor pemaju bersama Rosmary (kanan).

LPPB mengenal pasti lebih 20 buah rumah menceroboh di kawasan tapak pembinaan komersial dan perumahan itu sejak beberapa tahun lalu.

"Kita harus ada perikemanusiaan, kerana penghuni setinggan terbabit kebanyakan penduduk tempatan berpendapatan rendah yang datang daripada pelbagai daerah di Sabah.

"Tindakan tegas mengarahkan warga setinggan berpindah merupakan isu kemanusiaan. Kita perlu ada rasa simpati walaupun langkah mereka menyalahi undang -undang.

"Meskipun ia adalah arahan Mahkamah supaya penduduk setinggan berpindah serta-merta, namun saya bertegas agar mereka diberi lanjutan masa dua bulan lagi sehingga hujung tahun ini berakhir 31 Disember," katanya.

Bulan lalu kontraktor pemaju memperolehi perintah Mahkamah untuk merobohkan rumah penduduk setinggan di tapak projek tersebut kerana keengganan mereka berpindah dari penempatan itu setelah diberi notis.

Syarikat pemaju tempatan yang membangunkan kawasan tersebut memperolehi hak milik tanah lebih 100 ekar hasil usahasama dengan LPPB sejak lebih 20 tahun lalu.

Kelmarin Masiung diiringi Pengurus Besar Rosemary Ahping melawat dan menemui beberapa penduduk setinggan di Jalan Dato itu sambil menerangkan kepada mereka tentang rancangan projek yang bakal dibangunkan di kawasan itu.

Rata-rata penghuni yang dilawati memahami proses perundangan melibatkan tapak komersial yang mereka duduki dan bersedia memberi kerjasama sebaik saja Masiung memberi jaminan untuk memberi kelonggaran penghuni berpindah dalam masa dua bulan.


utusanborneo.com.my/2021/11/09

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 09:42 PM GMT+8 , Processed in 1.395212 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list