CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 354|Reply: 0

[Sabah] Penjawat Awam cuai memandu didenda RM5,000

[Copy link]
Post time 10-11-2021 01:21 PM | Show all posts |Read mode


TERTUDUH: Sekila (tengah) diiring keluar selepas prosiding Mahkamah.

TAWAU: Seorang penjawat awam didenda RM5,000 di Mahkamah Majistret, di sini, selepas mengaku bersalah memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian seorang pelajar lelaki, dua tahun lalu.

Tertuduh, Sekila Kasinadi, 29, didakwa melakukan kesalahan itu di Kampung Indah, Jalan Merotai, dalam daerah Kalabakan, pada jam 7 pagi, 17 Julai 2019.

Berdasarkan pertuduhan pilihan yang dibacakan, Sekila didakwa memandu dengan cuai ketika dalam perjalanan dari Felda Umas ke Wisma Kastam Tawau.

Tertuduh  cuba memintas sebuah lori di hadapannya, sebelum merempuh sebuah motosikal dari arah bertentangan yang dinaiki seorang pelajar sekolah lelaki, Muhammad Rayyan Bisanga, 18.

Dalam kejadian itu, Muhammad Rayyan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kerana mengalami kecederaan parah akibat rempuhan itu.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut pertuduhan pilihan Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dan boleh dihukum di bawah akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak kurang RM4,000 dan tidak lebih RM10,000 dan boleh dipenjara selama tempoh tidak lebih setahun.

Peguam tertuduh, Abdul Fikry Jaafar dalam pembelaannya berkata, tertuduh berkhidmat hampir lapan tahun sebagai kakitangan awam dan pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2018.

Selain itu, tertuduh juga mempunyai dua anak berusia tujuh dan lapan tahun selain tidak pernah melakukan kesalahan jenayah.

Abdul Fikry juga meminta mahkamah menjatuhkan hukuman ringan memandangkan tertuduh juga akan dikenakan tindakan termasuk hilang pekerjaan dan segala faedah bekerja.

Majistret Dzul Elmy Yunus dalam penghakimannya berkata, walaupun perkara kemalangan itu di luar kawalan manusia, Mahkamah juga mengambil kira kesan terhadap keluarga yang kehilangan mangsa.

Sehubungan itu, Dzul Elmy menjatuhkan hukuman denda RM5,000 gagal bayar dipenjara lima bulan, selain pembatalan lesen memandu serta merta.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Suhaimi Suriana.


utusanborneo.com.my/2021/11/09





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.091608 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list