CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 405|Reply: 0

[Sarawak] Padah buat laporan palsu elak bayar denda hilang kad pengenalan

[Copy link]
Post time 10-11-2021 01:25 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Seorang jurujual telefon didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret, hari ini akibat membuat laporan polis palsu kononnya disamun kerana tidak mahu membayar denda semasa membuat kad pengenalan baharu.

Majistret Zaiton Anuar juga menetapkan tertuduh, Swenson Libu Samat, 30, yang mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut, untuk dipenjara sepuluh hari sekiranya gagal membayar denda.

Pemuda dari Sri Aman itu didakwa sengaja membuat laporan polis palsu berkaitan kejadian samun pada 25 September lalu, jam lebih kurang 10.30 pagi di Pejabat Pegawai Penyiasat, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh membuat laporan polis menyatakan beg miliknya disamun oleh dua orang lelaki menaiki motosikal di kawasan tempat letak kenderaan di King Center di sini pada hari tersebut.

Hasil siasatan bagaimanapun mendapati tertuduh sedar dan tahu bahawa maklumat yang diberikan tersebut adalah palsu kerana sehari sebelum laporan polis dibuat, tertuduh menyedari barang miliknya tercicir di kawasan Plaza Merdeka di sini.

Barang yang dilaporkan disamun juga kemudiannya dijumpai oleh pengawal keselamatan di kawasan tempat letak kenderaan di Plaza Merdeka.

Difahamkan, tertuduh bertindak sedemikian susulan dia mahu mengelak daripada membayar kad pengenalan yang hilang.

Justeru, tertuduh didakwa dan disabitkan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang.



oleh Hafizah Abdul Hamid



utusanborneo.com.my/2021/11/09

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.057047 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list