CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1083|Reply: 0

[Sarawak] Empat Warga Asing Dijatuhi Hukuman Penjara 8 Tahun Beserta 3 Sebatan

[Copy link]
Post time 12-11-2021 10:42 AM | Show all posts |Read mode
Empat warga asing dijatuhi hukuman penjara lapan tahun beserta tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Bintulu pada Rabu, atas pertuduhan merompak kapal tangki TESAI di perairan Bintulu pada tahun 2018.

Tertuduh, Arif (39 tahun), Ismail Laode (49 tahun), Anuar (43 tahun), dan Jefri (37 tahun) telah mengaku bersalah dihadapan Hakim Noor Hamizah Saifuddin, atas kesalahan merompak kapal tangki tersebut yang membawa tiga kru kapal termasuk kepten pada 4 Ogos 2018.

Menurut Pemangku Pengarah Maritim Zon Bintulu Komander Maritim Effendy Mohamed Fadil, keempat-empat tertuduh sebelum ini telah dijatuhkan hukuman penjara selama 5 bulan dengan 3 sebatan selepas mengaku bersalah atas kesalahan tinggal di Malaysia tanpa pas yang sah mengikut Akta Imigresen 1959/63 di mahkamah yang sama pada September, 2018 lepas.

Jelasnya dalam kenyataan media semalam, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum sehingga 20 tahun beserta sebatan.

Maritim Malaysia percaya dengan tumpasnya ahli sindiket kumpulan ini, ia berjaya menyelesaikan beberapa siri kes rompakan di laut yang dilaporkan sekitar tahun 2016 sehingga tahun 2018.

Maritim Malaysia tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang jenayah maritim dan sentiasa memastikan setiap pesalah dihadapkan ke muka pengadiln.



credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.217034 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list