CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1381|Reply: 1

[Kelantan] Sah memang batu, bukan emas

[Copy link]
Post time 14-11-2021 09:43 PM | Show all posts |Read mode

Ketulan batu yang disangka emas menjadi viral di Kampung Bukit Lata, Rantau Panjang. - Foto pembaca



RANTAU PANJANG: Keterujaan beberapa penduduk Kampung Bukit Lata di sini, yang menemui ketulan batu disangka emas bertukar hampa apabila ia disahkan batu biasa oleh pengusaha kedai emas tempatan.

Penemuan batu yang disangka emas itu viral di Facebook pada Selasa lalu selepas dimuat naik beberapa individu, sehingga kawasan berkenaan ditutup keesokanya selepas 'dikerumuni' orang ramai termasuk dari luar daerah.

Penduduk tempatan, Syed Ismail Syed Mamat, 55, mengakui dia antara individu yang turut sama mencari 'emas' terbabit yang mana lokasi pencarian hanya berjarak 100 meter dari rumahnya.

"Kawasan ini sebenarnya tapak pembinaan projek tebatan banjir. Malah penemuan awal batu keemasan ini adalah daripada seorang pekerja di sana.

"Selepas khabar penemuan batu keemasan ini tersebar kepada penduduk kampung, ramai yang menyerbu ke lokasi hingga ke lewat malam menyebabkan pihak pengurusan projek terpaksa menutup kawasan berkenaan.

"Bagaimanapun, seorang kenalan saya yang juga penduduk di sini, ada membawa 'ketulan emas' ke kedai emas berdekatan yang mengesahkan ia bukanlah emas," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Seorang lagi penduduk, Azlan Omar, 35, berkata ramai antara mereka yang benar-benar percaya bahawa ia adalah emas, tetapi perlu akur ia hanya batu biasa selepas disahkan beberapa pengusaha emas.

"Saya sendiri sudah membuang semula beberapa batu yang saya temui ketika turut serta mencari ketulan 'emas' berkenaan. Tidak mengapa, tiada rasa menyesal atau malu kerana ia suatu pengalaman yang tidak pernah dilalui sebelum ini, lagipun penemuanya memang seakan-akan emas," katanya.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2021 02:39 AM | Show all posts
deme kenal bare
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.038782 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list