CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2753|Reply: 1

Penguin Antartika tersesat ke New Zealand

[Copy link]
Post time 16-11-2021 09:35 AM | Show all posts |Read mode

PINGU berlari-lari di sekitar kawasan pantai ketika ditemui.



Wellington: Seekor penguin kecil yang secara tidak sengaja mendarat di pantai New Zealand minggu ini sudah dilepaskan semula ke habitatnya di laut.

CBS News melaporkan, penguin itu yang digelar Pingu oleh penduduk tempatan ditemukan berjalan di sepanjang pantai berkenaan iaitu 2,897 kilometer (km) dari habitat asalnya di Antartika.

Penguin itu ditemui di Birdlings Flat oleh Harry Singh yang memuat naik video penemuan haiwan itu di Facebook (FB) pada Rabu.

Menerusi video itu, kelihatan Pingu berlari-lari di sekitar kawasan pantai.

Singh berkata, dia memerhatikan penguin itu selama kira-kira empat jam, dan melihatnya terus-menerus memakan batu.



Pingu diselamatkan oleh salah seorang pekerja dari Pusat Rehabilitasi Penguin Christchurch pada hari yang sama.

"Penguin itu bukan berasal di sini," kata salah seorang penyelamat selepas memasukkan Pingu ke dalam kereta.

Hospital Hidupan Liar Kaikoura New Zealand menerusi hantaran di FB memaklumkan penguin muda itu keletihan dan 'enggan untuk kembali ke laut.'

"Hasil pemeriksaan dijalankan menunjukkan penguin itu kurang berat badan dan mengalami dehidrasi," kata hospital itu dengan memberitahu penguin itu diberikan cecair dan smoothie ikan.

Pada pagi Jumaat, Pingu dilepaskan semula ke alam liar, kata Jabatan Pemuliharaan.

Video jabatan itu menunjukkan penguin melompat di sepanjang pantai dan kembali ke dalam air.

"Berjalan kembali ke air #HappyFeet," kata jabatan itu.

Penguin Adelie, membesar hanya kira-kira 0.61 meter dan seberat 4.9 kilogram dan kebanyakannya tinggal di sekitar Laut Ross di benua Antartika.

Ia jarang dilihat jauh dari pantai Antartika, menurut Jabatan Pemuliharaan New Zealand.

Difahamkan, sudah tiga kali penguin Adelie dikesan di negara ini.

Penguin pertama ditemui tidak bernyawa pada Disember 1962.

Jabatan Pemuliharaan memaklumkan satu-satunya penguin itu yang ditemukan di New Zealand adalah 28 tahun yang lalu, iaitu pada Januari 1993.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2023 04:46 PM | Show all posts
jauh kau berjalan pingguin oii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.046789 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list