CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1222|Reply: 0

[Terengganu] ADUN dibenarkan berbaju batik

[Copy link]
Post time 16-11-2021 02:20 PM | Show all posts |Read mode
ADUN dibenarkan berbaju batik[size=0.8]Oleh Baharom Bakar - November 16, 2021 @ 11:33am[email protected]


ADUN Terengganu dibenarkan memakai batik Khamis ini. - Foto hiasan NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM



KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dibenarkan berbaju batik lengan panjang sempena persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), Khamis ini.

Yang Dipertua DUN, Datuk Yahaya Ali, berkata kebenaran berbaju batik itu diputuskan berdasarkan peruntukan dalam perkara 121A (1), Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap DUN.

"Kebenaran itu juga selaras dengan amalan pada persidangan Parlimen, selain bertujuan mempromosi Terengganu sebagai negeri utama pengeluar batik di negara," katanya ketika berucap pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat DUN Keempat Belas (Bajet) di Wisma Darul Iman, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Yahaya berkata, persidangan DUN selama empat hari bermula semalam sudah mengambil kira suasana ancaman penularan pandemik COVID-19.


"Atas nasihat Majlis Keselamatan Negeri, terutama Jabatan Kesihatan Terengganu, pentadbiran DUN tetap mengekalkan prosedur operasi standard ditetapkan, terutama semua ADUN perlu menjalani ujian calitan COVID-19.

"ADUN juga diwajibkan sentiasa memakai pelitup muka, selain tempat duduk dijarakkan," katanya.

Mengulas lanjut, Yahaya berkata, tempat duduk ADUN juga sudah menjalani proses penambahbaikkan, termasuk memasang cermin penghadang.

Bagaimanapun, katanya, ADUN dibolehkan membuka pelitup muka ketika menyampaikan ucapan.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.038833 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list