CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1223|Reply: 0

[Kelantan] PERKESO bayar RM4 juta bantu 594 individu hilang kerja

[Copy link]
Post time 17-11-2021 12:12 PM | Show all posts |Read mode
PERKESO bayar RM4 juta bantu 594 individu hilang kerja

Oleh Hazira Ahmad Zaidi - November 17, 2021 @ 11:40am[email protected]


Pengarah PERKESO Kelantan, Nora Yaacob (kiri) bersama ADUN Tanjong Mas, Rohani Ibrahim menyerahkan replika cek Nor 'Aini Zurahim di Kampung Paya Bemban, Kota Bharu. - NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR



KOTA BHARU: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Kelantan sudah membayar faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) berjumlah RM4 juta kepada 594 pekerja termasuk yang kehilangan pekerjaan ketika pandemik COVID-19 bagi tempoh Januari hingga September lalu.

Pengarahnya, Nora Yaacob, berkata sepanjang tahun lalu pula, seramai 2,848 pekerja menerima faedah SIP bernilai RM7 juta, namun masih ramai individu culas atau enggan mencarum SIP sehingga pada satu tahap, mereka hilang arah tuju apabila terpaksa diberhentikan kerja.

"Tidak dinafikan, ada juga majikan ambil mudah dan tidak membayar caruman SIP yang mula diperkenalkan pada 2017, yang secara tidak langsung boleh membantu pekerja kehilangan punca pendapatan sementara mendapatkan pekerjaan baharu.

"Antara sebab majikan tidak membayar SIP adalah mereka anggap caruman PERKESO tidak penting, sedangkan ia amat penting terutama apabila hilang kerja, selain pengurusan hilang upaya untuk intervensi pemulihan dan kembali semula bekerja.

"Bagi memberi kesedaran, PERKESO sentiasa mengadakan promosi berterusan mengenai SIP, sama ada melalui media sosial atau ceramah di pejabat, namun mungkin disebabkan pandemik COVID-19, ada majikan hadapi sedikit masalah atau kekangan untuk membayar caruman ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Penyampaian Cek Bayaran Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) dan Lawatan Dari Rakan SIP Prihatin PERKESO di Kampung Paya Bemban, di sini, semalam yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Mas, Rohani Ibrahim.

Terdahulu Nora menyerahkan replika cek bayaran EMP dan pencen Iat kepada Nor 'Aini Zurahim yang kehilangan pekerjaan pada Januari lalu akibat penyakit kanser payudara tahap empat.

Nora berkata, caruman PERKESO di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) penting kepada pencarum supaya mereka dilindungi jika berlaku perkara tidak diingini dan pihak majikan wajib mencarum untuk pekerja mereka.

"Sepanjang pandemik COVID-19 bermula Mac tahun lalu, kami juga sudah membayar sebanyak RM329 juta untuk program subsidi upah kepada majikan yang terkesan akibat COVID-19 meneruskan operasi perniagaan," katanya.

Sementara itu, Nor 'Aini bersyukur dan berterima kasih kerana tidak menyangka sama sekali penderitaan serta kesukaran yang dialami setelah hilang pekerjaan disebabkan penyakitnya mendapat perhatian Rakan Skuad SIP PERKESO.

"Saya yang sebelum ini bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat kawalan keselamatan mengambil cuti tanpa gaji selama dua bulan, namun pada awal Januari lalu mengambil keputusan berhenti disebabkan kesihatan yang tidak mengizinkan untuk terus bekerja.

"Dengan bayaran keseluruhan EMP sebanyak RM4,255 selain pencen ilat secara bulanan berjumlah RM739.80 seumur hidup, dapatlah saya gunakan untuk menampung keperluan perubatan penyakit kanser yang dihidapi," katanya.








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.039246 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list