CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1283|Reply: 2

[Terengganu] Siasat kes pecah amanah projek pelitup muka

[Copy link]
Post time 17-11-2021 08:50 PM | Show all posts |Read mode
Siasat kes pecah amanah projek pelitup muka

Oleh Zatul Iffah Zolkiply dan Baharom Bakar - November 17, 2021 @ 4:20pm[email protected]


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pada sidang Mesyuarat Kedua Penggal Keempat, Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-14 di Wisma Darul Iman hari ini. - NSTP/Ghazali Kori



KUALA TERENGGANU: UMNO Terengganu menggesa pihak berkuasa menyiasat salah guna kuasa dan pecah amanah membabitkan seorang pemegang saham berkaitan projek pengeluaran pelitup muka.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, isu pelaburan anak syarikat milik Yayasan Terengganu yang membuka kilang pembuatan pelitup muka bersama sebuah syarikat di Selangor pernah dibangkitkan sebelum ini.

"Saya pernah mendedahkan isu ini ketika sesi perbahasan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada September lalu.

"Dalam perbahasan sebelum ini, syarikat berkenaan yang juga anak syarikat milik penuh Yayasan Terengganu membuat pelaburan bernilai kira-kira RM4.5 juta namun pemegang saham yang juga warga Bangladesh memindahkan wang sebanyak RM1.7 juta ke dalam akaun peribadi pada 19 Jun tahun lalu.

"Individu sama sekali lagi membuat pemindahan sebanyak RM2 juta pada 28 Julai tahun lalu dan sehingga Mac tahun ini, pihak Yayasan Terengganu dan syarikat berkenaan tidak menerima apa-apa status pelaburan mengenai perkara itu," katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dun Terengganu di sini hari ini.

Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal berkata, pihaknya berharap pihak berkaitan dapat menyiasat isu berkenaan.

"Hari ini, Pemuda UMNO Terengganu ada membuat laporan di Balai Polis Kuala Terengganu mengenai pemindahan wang itu dan kita harap siasatan lanjut dapat dijalankan," katanya.







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2021 09:07 PM | Show all posts
nampak pelik tp benar
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Warga bangladesh jadi pemegang saham....siannye rakyat malaysia....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.035111 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list