CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1366|Reply: 0

[Kelantan] Projek tebatan banjir legakan lebih 15,000 penduduk

[Copy link]
Post time 18-11-2021 01:14 PM | Show all posts |Read mode
Projek tebatan banjir legakan lebih 15,000 penduduk

Siti Rohana Idris
[email protected]


TINJAUAN projek tebatan banjir di Kampung Teresek, Pasir Mas hingga ke Pengkalan Kubor di sini dalam pembinaan dijangka akan mengurangkan situasi banjir termenung. FOTO Nik Abdullah Nik Omar



Tumpat: Projek Tebatan Banjir yang bermula dari Kampung Teresek, Pasir Mas hingga ke Pengkalan Kubor di sini, yang dalam pembinaan, melegakan lebih 15,000 penduduk di 10 kampung sekitar.

Walaupun belum siap, projek tebatan banjir itu sudah menghampiri Kampung Kuala Jambu yang mana ia antara laluan utama menerima limpahan air daripada Sungai Golok sebelum mengalir ke 10 kampung sekitar.

Sebelum ini, kedatangan musim tengkujuh dan limpahan air dari Sungai Golok menimbulkan masalah besar kepada penduduk kerana ia menyebabkan banjir termenung disebabkan tiada saliran keluar.

Penduduk di Kampung Kuala Jambu, Kubang Sawa, Kajang Sebidang, Teluk Jering, Derdap, Simpangan, Bendang Pak Yong dan beberapa lagi terpaksa menunggu antara seminggu hingga dua minggu sebelum air yang mencecah dua meter surut sepenuhnya.

Penduduk Kampung Kubang Sawa, Mohd Tarmizi Mohd Saidi, 32, berkata, walau mungkin penduduk tetap berdepan dengan banjir termenung, dia berharap projek pembinaan tebatan banjir yang dijangka siap sepenuhnya pada 2025 itu berjalan mengikut jadual.

"Biasanya, air melimpah dalam tempoh cepat namun mengambil masa hingga dua minggu untuk surut.

"Apa yang kami harapkan pada tahun mendatang, jika cepat air melimpah maka cepat juga ia mengalir keluar ke Sungai Golok seterusnya ke laut dengan bantuan pam yang akan dipasang nanti," katanya ditemui semalam.

Pemilik kedai kopi dari Kampung Kuala Jambu, Mohd Saiful Azwan Mohd Nawi, 37, pula memaklumkan, setiap tahun, dia menanggung kerugian akibat kerosakan peralatan di premisnya.

Katanya, sebagai langkah keselamatan, dia menambat kerusi dan meja kayu yang digunakan pelanggan di tiang kedai kopi bagi mengelakkan ia dihanyutkan arus.

"Untuk peralatan kecil lain termasuk barangan yang digunakan di dapur kedai, saya menyimpannya di rumah kerana binaan rumah yang tinggi menyebabkan air tidak dapat masuk walaupun parasnya mencecah dua meter," katanya.

Bagaimanapun, kebimbangan tetap disuarakan penduduk dari Kampung Derdap, Ariffin Awang Chik, 61, yang melihat projek tebatan banjir itu tidak dapat dimanfaatkannya, penduduk kampung itu serta empat kampung lain.

Jajaran tebatan banjir yang dibina sepanjang Jalan Keselamatan dan Pembangunan (Kesban) itu didakwa tidak dapat menghalang limpahan air dari Sungai Golok ke kawasan rumah penduduk sekitar Kampung Derdap, Naga Ibu, Pisau Raut, Pohon Nibong dan Simpangan kerana lokasi kampung terbabit terletak bersebelahan dengan sungai berkenaan.

"Kemungkinan besar juga kampung saya ini akan menjadi laluan utama air sungai melimpah untuk banjir tahun ini kerana laluan sebelum ini di Kampung Kuala Jambu sudah terhalang dengan pembinaan tebatan.

"Tiada apa yang boleh kami lakukan dan sebagai persediaan, saya sudah membeli enjin bot baharu bagi menggantikan enjin lama," katanya.


Disiarkan pada: November 18, 2021 @ 12:50pm







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.034673 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list