CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1191|Reply: 0

[Kelantan] Enggan balik ke Laos demi jaga akidah

[Copy link]
Post time 18-11-2021 03:05 PM | Show all posts |Read mode
Enggan balik ke Laos demi jaga akidah

Hidayatidayu Razali
[email protected]


Ibu tunggal, Siti Nor Haslin Abdullah, 48, (kiri) bersama anaknya Siti Hasniza Norazuan, 18 dan Siti Nor Ayuni, 10 ketika ditemui selepas Program Asnaf Shopping Care di Pasaraya U Koop Ummah di sini, hari ini. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR




Kota Bharu: Ibu tunggal mualaf empat anak buntu apabila ahli keluarganya di Laos mendesak mereka supaya pulang ke negara asal selepas dia kematian suami Julai lalu.

Siti Nor Haslin Abdullah, 48, dan anaknya, Siti Hasniza Norazuan, 18, Ahmad Asrul, 16, Ahmad Nazrin, 13, dan Siti Nor Ayuni, 10, bagaimanapun enggan pulang ke kampung halamannya.

Siti Nor Haslin berkata, jika dia pulang ke sana, mungkin dia diminta kembali menganut agama asal.

"Ini berikutan, di kampung asal saya, semuanya masih menganut agama asal termasuk bapa dan 10 adik-beradik saya.

"Saya bimbang, jika tinggal di sana, mungkin kami diminta menganut agama asal. Sebab itu saya menolak ajakan keluarga yang mahu kami pulang ke kampung.

"Empat anak juga enggan menetap di sana kerana mereka membesar di Kelantan sebagai orang Islam, malah bersekolah di sini," katanya ditemui selepas Program Asnaf Prihatin di Pasaraya U Koop Ummah di sini, hari ini.

Siti Nor Haslin berkata, mereka sekeluarga kini menetap di Kampung Kedai Buloh, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) dan akan terus tinggal di lokasi itu walaupun tidak mempunyai ahli keluarga.

Menurutnya, walau apa yang terjadi, dia akan mempertahankan agama Islam yang dianuti sejak 22 tahun lalu.

Kata Siti Nor Haslin, walaupun dia buntu selepas kematian suami, Norazuan Mohd Noor, 60, akibat penyakit jantung Julai lalu dan hilang tempat bergantung, namun dia tetap berusaha mencari rezeki dengan menjual mi celup secara kecil-kecilan untuk keperluan keluarga.

"Lebih sukar apabila empat anak saya tidak mempunyai dokumen pengenalan diri kerana saya dan arwah suami yang berkahwin di negara jiran baru sahaja mendaftarkan perkahwinan kami Mei lalu sebelum suami meninggal dunia.

"Saya cuba memohon kad pengenalan untuk empat anak, namun hanya dua sahaja yang layak kerana mereka lahir di sini, manakala anak sulung dan kedua lahir di kampung halaman saya dan tidak layak untuk memohon kad pengenalan," katanya.

Menurut Siti Nor Haslin berkata, dia berharap anak-anaknya mendapat kad pengenalan memandangkan anak sulungnya cemerlang dalam pelajaran dengan memperoleh 6A pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang lalu.

"Sebelum ini, anak melanjutkan pengajian di Universiti Prince Of Songkhla di Thailand dalam Ijazah Sarjana Muda Undang-undang, namun terpaksa berhenti selepas suami meninggal dunia," katanya.

Terdahulu, Siti Nor Haslin menerima sumbangan barangan keperluan disampaikan Pengerusi Pertubuhan Cakna Ummah Kelantan Muhammad Khairul Anan Zulkifle.

Disiarkan pada: November 18, 2021 @ 2:49pm







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.061691 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list