CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3969|Reply: 0

Bila jin jatuh cinta

[Copy link]
Post time 27-11-2021 11:20 PM | Show all posts |Read mode
Bila jin jatuh cinta


Manusia dan jin sama-sama makhluk ciptaan Tuhan. Yang membezakan antara keduanya adalah dunianya. Manusia tidak hidup di dunia jin sementara jin pula mampu hidup di dunia manusia. Tapi macam mana kalau jin jatuh cinta dengan manusia?

Jin juga dikatakan mempunyai nafsu dan mampu untuk jatuh cinta dengan manusia walaupun keduanya berasal dari dua alam yang berbeza. Kelebihan mereka ialah mampu membuatkan seseorang tu jatuh cinta kepada mereka tanpa disedari.

Terdapat beberapa tanda yang dapat dikenali pada seseorang andai dia dicintai oleh jin.

Bermimpi didatangi lelaki
Tanda yang menunjukkan wanita tu diganggu oleh jin adalah apabila wanita tersebut sering bermimpi didatangi lelaki.

Paras rupa lelaki dalam mimpi itu kelihatan lebih menarik dan tampan. Dalam mimpi itu seorang wanita mungkin hanya berpandangan saja atau sekadar berkenalan dengan lelaki itu, namun ada juga yang sampai bercinta dengannya.

Selalu mandi bertelanjang
Jin sangat gemar dengan mereka yang mandi bertelanjang, tak kiralah lelaki atau wanita. Sebab tu lah kita sering diingatkan supaya pakai alas kain bila mandi, dan tak tidur tanpa pakai baju. Rasa cinta jin boleh muncul bila jin tu selalu tengok seseorang telanjang sejak kecil hingga besar.

Sebab tu jugaklah Nabi Muhammad SAW tekankan supaya kita tutup aurat, bukan cuma untuk halang mata-mata nakal manusia perhati, tapi jugak untuk berlindung daripada jin.

Merasa sesuatu di atas badan
Kalau seseorang itu sedang tidur dan pernah rasa macam ada sesuatu atau benda yang bergerak di atas tubuhnya boleh bawak maksud yang dia sudah dicintai jin.

Seseorang perempuan yang dicintai oleh jin jantan dapat merasakan seperti selalu diperhatikan atau diintai oleh seorang lelaki dari kejauhan dalam setiap gerak-gerinya.

Porak-perandakan rumah tangga
Walaupun banyak dengar cerita orang perempuan dicintai jin dalam diam sampai ke tua tak kahwin-kahwin sebab jin tu dah ‘tutup’ mata lelaki-lelaki yang pandang dia, orang lelaki pun sebenarnya boleh dicintai jin wanita.

Kalau yang belum kahwin, si lelaki ni akan selalu terbayang-bayangkan wanita yang tak wujud sampai tahap berangan bersetubuh dengan wanita tu. Dan kalau yang dah kahwin, jin tu boleh buat sampai rumah tangga goyah dan akhirnya bercerai-berai.

Kan ke tu memang ‘misi’ jin dari dulu lagi? Nak sesatkan manusia sampai takde iman yang tinggal dalam diri manusia tu?

Jadi kalau dah rasa macam ada simptom-simptom yang disebutkan ni, cepat-cepatlah pergi berubat. Bukanlah nak kata memang confirm jin dah jatuh cinta kat korang, tapi lagi elok mencegah, kan?

Sumber:https://penunggu.com/asal-usul/t ... nta-kepada-manusia/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.064058 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list