CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1401|Reply: 4

Duduk terlalu lama boleh ‘membunuh’ secara senyap

[Copy link]
Post time 1-12-2021 08:51 PM | Show all posts |Read mode

Duduk terlalu lama boleh menyebabkan masalah kesihatan yang menyebabkan masalah pengaliran darah. - Alamy

Duduk terlalu lama boleh ‘membunuh’ secara senyap

CHICAGO, ILLINOIS – Satu kajian mendapati bahawa duduk terlalu lama dalam sehari berisiko menjadi ‘pembunuh’ dalam senyap, lapor akhbar The Sun semalam.

Hal ini kerana duduk selama berjam-jam boleh menyebabkan keadaan pulmonary embolism (PE) iaitu satu keadaan di mana darah beku mengalir ke jantung dan menyekat saluran darah yang seterusnya menyebabkan kematian.

Pembantu profesor perubatan di Fakulti Perubatan Feinberg Universiti Northwestern di Chicago, Dr. Karlyn Martin berkata, orang ramai tidak begitu tahu tentang PE berbanding serangan jantung.

“PE boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia atau status kesihatan.

“Saya fikir jika seseorang berasa sakit pada bahagian dada, orang akan sering menganggapnya sebagai serangan jantung, dan tidak menganggapnya sebagai PE,” katanya.

Menurut data Yayasan Paru-Paru British pada 2012, seramai 2,300 individu meninggal dunia setiap tahun akibat PE.

Dalam satu per empat kes PE di Amerika Syarikat, pesakit kebiasaannya mengalami beberapa simptom sebelum meninggal dunia seperti kesukaran bernafas, degupan jantung yang terlalu laju, sakit dada, batuk berdarah dan rasa seperti ingin pitam atau pitam.

Menurut wartawan sains dan bekas doktor perubatan, Dr. Michael Mosley, menggesa orang ramai untuk lebih kerap berdiri sebagai salah satu cara bagi meningkatkan kesihatan. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/12 ... unuh-secara-senyap/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2021 04:31 PM | Show all posts
Kolig kakak beritahu doktornya kata duduk 1/2 jam kena bangun dan jalan2....
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2021 04:26 AM | Show all posts
seribulan replied at 3-12-2021 04:31 PM
Kolig kakak beritahu doktornya kata duduk 1/2 jam kena bangun dan jalan2....

ya betul
juga, if focus dalam sesuatu pun, susah nak maintain after 30mins
kena take a break
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2021 05:02 AM | Show all posts
ipes2 replied at 22-12-2021 03:26 AM
ya betul
juga, if focus dalam sesuatu pun, susah nak maintain after 30mins
kena take a break

betul, doc...badan kena cukup rehat...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2021 06:29 PM | Show all posts
ooo... mcm sindrom penerbangan ekonomi..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.067347 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list