CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 685|Reply: 1

[Negeri Sembilan] Bomba sekat asid mengalir ke sungai

[Copy link]
Post time 9-12-2021 07:53 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA bomba menjalankan operasi menyekat pengaliran asid sulfurik ke anak sungai. FOTO ihsan bomba



Kuala Pilah: Tindakan pantas pihak bomba berjaya mengelakkan bahan kimia mengalir ke sungai apabila sebuah lori yang membawa asid sulfurik terbalik di Kilometer 8, Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir, dekat sini, petang tadi.

Pegawai Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sembilan, Timbalan Penguasa Mohammad Idris berkata, lori tangki membawa muatan bahan kimia berkapasiti 8.2 tan itu terbabas dan terbalik di bahu jalan.

"Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Pilah dan Hazmat Seremban 2 bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 2.11 petang.

"Maklumat awal lori berkenaan dipercayai dari Kemaman, Terengganu menghala ke Sendayan, Seremban. Terdapat dua kebocoran pada tangki dan berlaku tumpahan asid di jalan.


"Susulan itu, pasukan Hazmat membuat benteng bagi menyekat aliran asid mengalir ke anak sungai. Kami dalam proses memindahkan asid ke dalam tangki ganti," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Mohamad berkata, syarikat lori tangki berkenaan juga sedang menjalankan kerja pemindahan asid ke dalam sebuah lori tangki kosong.

Beliau berkata, pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri juga tiba ke lokasi untuk melakukan pemantauan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, pemandu lori berusia 32 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59," katanya.

Disiarkan pada: Disember 9, 2021 @ 6:20pm




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2021 07:11 AM | Show all posts
terbaik bomba
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.204026 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list