![](https://sarawakvoice.com/wp-content/uploads/2021/12/Screenshot-2021-12-08-at-9.08.39-PM-768x464.jpg)
KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) melancarkan Manifesto 34 Perkara sebagai janji kepada rakyat negeri ini untuk dilaksanakan secara berterusan melalui mandat diberikan menerajui kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12, 18 Dis ini.
Antara kandungan penting manifesto ialah mempertahan dan membela hak Sarawak mengikut Perlembagaan Persekutuan seperti dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), mengiktiraf dan menjamin hak rakyat ke atas tanah hak adat (NCR) dan wilayah kekuasaan adat (NTD) serta memperhebat jaringan pengangkutan dan perhubungan di seluruh negeri Sarawak.
Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Manifesto 34 perkara GPS komprehensif yang akan memperjuangkan, menjamin dan membangunkan masa depan rakyat Negeri Sarawak.
GPS kata beliau telah menyediakan landasan kukuh menjadikan Sarawak negeri maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030.
Semua ini dipacu menerusi pengurusan data dan penataan inovasi dalam merancang program strategik yang menjadi percaturan dan perubahan Sarawak menghadapi cabaran baharu.
sarawakvoice.com/2021/12/09
|