CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 358|Reply: 0

[Sabah] Maklumat pertemuan 19 ‘datuk bandar’ diputar belit pihak tertentu: Hazani

[Copy link]
Post time 10-12-2021 03:07 PM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Maklumat berkenaan dakwaan pertemuan 19 ‘datuk bandar’ bagi  membincangkan mengenai rancangan untuk menyerang Sabah disebarkan bagi mengutamakan kepentingan pihak tertentu.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Datuk Hazani Ghazali berkata perkara itu juga diputar belit oleh pihak berkenaan bagi memastikan kepentingan mereka tercapai.

“Hasil maklumat yang diterima mendedahkan bahawa memang betul ada perjumpaan tetapi pertemuan itu bukanlah tujuan untuk menyerang Sabah tetapi bagi megukuhkan keselamatan mereka.

“Perbincangan itu juga adalah bagi menumpukan terhadap pembangunan di kawasan mereka dengan menjemput pelabur luar masuk ke negara jiran itu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa hadir dalam Majlis Serah Terima Tugas Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di sini semalam.

Dalam majlis berkenaan Datuk Ahmad Fuad Othman yang memegang jawatan itu sebelum ini digantikan oleh Deputi Komisioner Hamzah Ahmad selepas Fuad bersara.

Hazani berkata pertemuan itu sengaja diputar belit oleh pihak tertentu yang berkepentingan disebabkan cemburu dengan keadaan keselamatan yang stabil di Sabah.

“Kita difahamkan pertemuan itu adalah bagi memperkukuh sistem pertahanan dari sebarang ancaman termasuk pengganas, perompak serta elemen jenayah lain.

“Saya tegaskan tiada kena mengena dengan cubaan untuk menyerang Sabah atau sebagainya.

“Pihak keselamatan di negeri ini termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta agensi lain sentiasa bersiap sedia setiap masa bagi mempertahankan kedaulatan negara” katanya.


oleh Vivi Olviana Najurus
utusanborneo.com.my/2021/12/10

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.105852 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list