View: 323|Reply: 0
|
[Sarawak]
Sarawak Top 4 dalam Pelaburan di Malaysia
[Copy link]
|
|
KUCHING: Sarawak sentiasa berada dikedudukan 4 teratas destinasi pelaburan di Malaysia dalam sektor pembuatan sejak bertahun-tahun.
Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ia terbukti apabila Sarawak masih mampu menarik RM 15.7 bilion pelaburan walaupun negara dilanda pandemik COVID-19 pada tahun 2020.
Jelas Awang Tengah yang juga Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Kedua Sarawak, Zon Perindustrian Samajaya telah menunjukkan prestasi yang sangat baik walaupun wabak maut itu banyak menjejaskan serta melembabkan pertumbuhan ekonomi di kebanyakan negara.
Katanya, kejayaan ini adalah selari dengan visi Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030, iaitu untuk memacu Sarawak menjadi negeri maju menjelang 2030.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Samajaya Extension Investment, hari ini.
Mengulas lanjut katanya, beberapa syarikat multinasional di Samajaya telah berjaya mengeksport barangan bernilai RM 6.93 bilion pada tahun 2020 iaitu meningkat 27.5 peratus daripada tahun sebelumnya.
credit
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|