![](https://scontent.fkul4-4.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/262445509_213215114317431_1543587632736956500_n.jpg?_nc_cat=111&ccb=1-5&_nc_sid=730e14&_nc_ohc=HMFpuOumMNEAX8LckGN&_nc_ht=scontent.fkul4-4.fna&oh=31c08a122b91b29041cdb0204782888f&oe=61B8D7A1)
![](https://scontent.fkul4-2.fna.fbcdn.net/v/t39.30808-6/265970857_213215094317433_7736540575708122150_n.jpg?_nc_cat=108&ccb=1-5&_nc_sid=730e14&_nc_ohc=YQeW5pLTShYAX9UE_PQ&_nc_ht=scontent.fkul4-2.fna&oh=324f2cc657c5c61cc6f68b976c4a3c8c&oe=61B9D356)
COVID-19: Bayi lima bulan korban baharu di Sarawak
KUCHING: Seorang bayi berumur lima bulan di Limbang antara tiga korban baharu akibat COVID-19 yang dilaporkan di Sarawak pada 7 hingga 10 Disember 2021.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata, siasatan kematian bayi lelaki mendapati tiada sejarah penyakit diketahui.
"Dua lagi kematian turut dilaporkan di bahagian Limbang iaitu masing-masing wanita berumur 73 dan lelaki 81 tahun.
"Kematian kedua-dua mangsa mempunyai latar belakang penyakit kronik," kata kenyataan itu hari ini.
Behubung kes positif baharu COVID-19, Sarawak merekodkan 74 kes menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 251,642 kes.
"Daripada jumlah itu, Kuching dan Miri masing-masing merekodkan 26 kes, diikuti Limbang (lima), Mukah dan Bintulu masing-masing (tiga).
"Manakala Dalat, Sibu, Lawas, Sarikei, Kota Samarahan, Serian, Lindu, Daro, Marudi, Bau dan Subis masing-masing satu kes," jelas kenyataan itu.
Daripada jumlah itu, sebanyak 33 kes adalah kategori satu, 40 kes kategori dua manakala satu kes kategori empat iaitu jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen.
utusanborneo.com.my/2021/12/11
|