CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 975|Reply: 3

[Johor] [JHR] Premis lombong bitcoin diserbu, penyelia ditahan

[Copy link]
Post time 13-12-2021 04:41 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN.



Johor Bahru: Polis menyerbu premis dipercayai menjalankan kegiatan melombong mata wang digital bitcoin menggunakan sambungan elektrik haram di Kawasan Perindustrian Taman Berjaya Skudai di sini, hari ini.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, operasi pada 2 pagi itu membabitkan sepasukan anggota D4 (Risikan/Operasi/Rekod Jenayah) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dengan kerjasama pasukan Seal Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Katanya, lelaki berusia 40 tahun dipercayai penyelia premis turut ditahan, malah siasatan mendapati dia dibayar gaji bulanan RM3,000.

"Premis itu tidak berdaftar di bawah senarai TNB, wayar elektrik disambungkan secara terus dari 'feeder' (kotak TNB) ke premis berkenaan.



"Hasil semakan TNB mendapati anggaran kasar kerugian elektrik adalah 141,632 kilowatt per jam (KWJ) sebulan bersamaan RM73,507 (sebulan), yang menjadikan jumlah keseluruhan bernilai RM 220,521.

"Ia dipercayai sudah berlarutan sejak tiga bulan lalu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ayob Khan berkata, modus operandi digunakan pihak itu adalah mencuri bekalan elektrik kerana tidak mahu membayar bil yang tinggi dengan cara membuat sambungan haram 'bypass meter'.

"Polis merampas sebanyak 170 mesin melombong bitcoin dan mesin bekalan tenaga (power supply).

"Seal TNB juga mendapati terdapat bukti yang munasabah menunjukkan bahawa suatu kesalahan mengikut Seksyen 37(1), Seksyen 37(3) dan Seksyen 37(14) Akta Bekalan Elektrik 1990 dilakukan di premis berkenaan, selain bertindak memotong bekalan elektrik.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 379 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana mencuri serta melakukan khianat ke atas harta benda milik TNB," katanya.


Disiarkan pada: Disember 13, 2021 @ 4:27pm




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2021 09:15 PM | Show all posts
kedai x sita ke...?lemahhh
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2023 10:07 AM | Show all posts
It's good to see that the police are taking action against illegal cryptocurrency mining activities that use unauthorized electricity connections. Such operations not only violate the law but also pose a risk to public safety by overloading the power grid and potentially causing power outages. It's important to regulate the cryptocurrency industry to prevent such illegal activities and ensure the safety and security of the public.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2023 09:50 PM | Show all posts
sepandai-pandai tupai melompat, jatuh juga..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.060204 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list