Edited by dexa at 15-12-2021 03:00 PM
6 kejadian ini akan berlaku jika bumi berhenti berputar.
Macam yang kita tahu, bumi berputar di atas paksi sambil mengelilingi matahari. Sebab itulah boleh terjadi perubahan waktu dari siang ke malam. Bila cukup satu putaran bumi mengelilingi matahari, maka genaplah 365 hari di mana kita akan bertukar tahun. Di luar permukaan bumi pula terdapat pelbagai lapisan atmosfera yang akan turut berputar bersama bumi dengan kadar kelajuan 1689 kilometer sejam. Tapi pernah tak korang terfikir, apa akan jadi kalau bumi berhenti berputar?
Banjir besar Sekiranya pergerakan bumi beransur perlahan, air daripada laut akan bergerak ke kutub. Bila bumi berhenti berputar sepenuhnya, air laut akan membanjiri kebanyakan kawasan di bumi dan meninggalkan satu pulau di tengah bumi.
Atmosfera terganggu Pergerakan atmosfera adalah seiring dengan putaran bumi. Tapi bila putaran bumi mula perlahan, setiap lapisan atmosfera akan turut perlahan mengikut kadar yang berbeza dan akan membentuk geseran. Kalau ini berlaku, hanya akan ada empat titik je di pertengahan latitud yang manusia boleh huni.
Gempa bumi di tempat tak sepatutnya Bumi terdiri daripada tiga lapisan iaitu pusat, mantel dan kerak. Geseran ini akan menyebabkan terjadinya gempa bumi, malah di tempat-tempat yang tak pernah terjadi gempa sebelumnya. Letusan gunung berapi juga akan berlaku tambahan pula di dasar laut. Gangguan geologi ini akan terus berlaku sampai bumi berhenti berputar sepenuhnya.
Enam bulan siang, enam bulan malam Perubahan siang dan malam berlaku kerana bumi berputar pada paksinya, sambil mengelilingi matahari. Bila bumi berhenti berputar, perubahan siang ke malam akan mengambil masa enam bulan.
Bayangkan hidup dalam keadaan siang atau malam selama enam bulan. Suhu di waktu siang akan mencecah hingga 57 darjah Celcius, manakala di waktu malam pula -19 darjah Celcius.
Cuaca Cuaca akan sepenuhnya bergantung kepada matahari, bila bumi berhenti berputar. Keadaan cuaca akan ‘dikuasai’ sepenuhnya oleh matahari, jadi cuaca akan sangat senang dijangka. Di bahagian bumi yang cerah, akan terjadi ribut yang sangat kuat.
Bulan Dalam putaran biasa macam sekarang ni, bumi bergerak lebih laju daripada bulan. Maka bulan akan bergerak menjauhi bumi.Bila bumi berhenti berputar, bulan akan bergerak sebaliknya.
-------------------------------------------------------------------------------------------- well -- ini semua scientifically research - interesting read really - sebagai orang Islam -- dah berhenti putar tu maksudnya..... innalillahi wainna ilaihi rojiuun ---
|