CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 495|Reply: 0

[Sarawak] Hari mengundi: Ribut petir dijangka di beberapa kawasan

[Copy link]
Post time 15-12-2021 06:05 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Beberapa tempat di Sarawak akan dilanda ribut petir pada hari pengundian, PRN-12 Sarawak pada Sabtu ini.

Terdapat lebih daripada 1.25 juta pengundi berdaftar dan SPR menetapkan 70 pertus pengundian.

Demikian ramalan Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia).

Meskipun dijangka tidak berlaku hujan di mana-mana kawasan pada sebelah pagi, namun ribut petir dijangka berlaku di satu atau dua tempat di kawasan pedalaman pada petang.

Selain itu, hujan diramalkan berlaku di satu atau dua tempat di kawasan pedalaman di sebelah malam.

SPR memaklumkan pengundi boleh membuat semakan maklumat pengundian melalui aplikasi mySPR semak atau di portal semakan daftar pemilih SPR.

SPR  sebelum ini mencadangkan masa bagi setiap pengundi untuk keluar mengundi bagi mengawal jumlah pengundi yang datang ke pusat mengundi dalam satu-satu masa.

Peringkat waktu yang digalakkan adalah 7.30 pagi hingga 9.30 pagi, 9.30 pagi hingga 11.30 pagi, 11.30 pagi hingga 1.30 tengah hari, 1.30 tengah hari hingga 3.30 petang dan 3.30 petang hingga 5 petang.


sarawakvoice.com/2021/12/15

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.287683 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list