CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 482|Reply: 0

[Sarawak] Kedayan di Limbang tidak terpinggir dari arus pembangunan

[Copy link]
Post time 16-12-2021 01:46 PM | Show all posts |Read mode


LIMBANG: Masyarakat Kedayan di daerah ini tidak terpinggir dari arus pembangunan apabila 20 buah perkampungan Kedayan di sini turut menikmati kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik dan jalan raya.

Persatuan Persatuan Kedayan Limbang (PKL) Penghulu Sahat Bagol (gambar) berkata prasarana infra dan ameniti sosial yang dinanti penduduk kampung seperti dewan, gelanggang futsal, jalan berturap atau jalan simen di kampung-kampung serta naik taraf sistem perparitan turut dinikmati kaum Kedayan di sini.

“Di bawah pentadbiran kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) kami penduduk di daerah Limbang khususnya masyarakat Kedayan turut dilimpahi nikmat pembangunan dan perubahan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sahat berkata lagi pelbagai bantuan juga disalurkan kepada masyarakat di daerah Limbang terutamanya kepada golongan B40 yang terkesan oleh pandemik COVID-19 sejak setahun yang lalu.

“Bantuan baik pulih rumah di bawah peruntukan Program Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) kerajaan negeri turut diberikan kepada golongan yang memerlukan sekali gus dapat membantu meringankan beban mereka,” ujar beliau.

Beliau memberitahu dalam meningkatkan sosioekonomi masyarakat di daerah ini, kerajaan GPS turut menyalurkan pelbagai bantuan berbentuk latihan dan bimbingan serta input-input pertanian, bantuan dana dan peralatan kepada warga tani, penternak, nelayan dan usahawan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) dan pelbagai  sumbangan kerajaan GPS kepada rakyat di negeri ini termasuk penduduk Limbang.

“Selaku Pengerusi PKL dan ahli-ahli persatuan kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan GPS di bawah pimpinan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang telah banyak membawa pembangunan di negeri ini dan daerah Limbang.

Kata beliau lagi PKL  sebulat suara menyokong sepenuhnya pencalonan semula Datuk Dr Abdul Rahman Ismail sebagai calon GPS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kota.

“Dr Abdul Rahman terbukti seorang wakil rakyat yang prihatin dan banyak membawa pembangunan kepada masyarakat di daerah ini khususnya kepada masyarakat Kedayan.
“PKL turut berterima kasih kepada Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga Ahli Parlimen Limbang Datuk Hasbi Habibollah, atas segala pembangunan dan bantuan yang diberikan kepada kami masyarakatKedayan, di daerah ini,”ujarnya lagi.

Sahat  turut mengesa masyarakat Kedayan di daerah ini untuk turun mengundi beramai-ramai membawa kad pengenalan dengan memangkah calon GPS Dr Abdul Rahman pada Sabtu ini dalam meneruskan kesinambungan pembangunan.


utusanborneo.com.my/2021/12/16

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.277477 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list