CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 494|Reply: 0

[Sarawak] Penganggur dicekup polis, disyaki terlibat dadah

[Copy link]
Post time 16-12-2021 01:53 PM | Show all posts |Read mode


Suspek ditangkap di Jalan Mukah-Oya dalam serbuan semalam.

MUKAH: Seorang penganggur lelaki berusia 24 tahun  ditahan polis dalam satu serbuan di tepi Jalan Mukah-Oya sekitar 4.30 petang pada Rabu.

Menurut Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias, ketika pemeriksaan dijalankan ke atas badan mangsa, polis menjumpai satu paket kecil lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Methampethamine.

"Anggaran berat dadah adalah 0.40 gram bernilai sekitar RM100," katanya kepada Utusan Borneo.

Hasil ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis Ampethamine.

Melalui siasatan awal polis, Muhamad Rizal berkata, suspek mengaku terlibat dengan penagihan dadah jenis syabu sejak 2019.

Tegasnya, suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Mukah untuk siasatan lanjut.

Jelas beliau lagi, kes disiasat di bawah Sekayen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952.


utusanborneo.com.my/2021/12/16

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.466666 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list