CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 467|Reply: 0

[Sabah] Kerajaan perlu pastikan pegawai awam beretika semasa bertugas

[Copy link]
Post time 16-12-2021 05:49 PM | Show all posts |Read mode


ADUAN: Mansor memaparkan memorandum yang sudah diserahkan kepada pejabat Ketua Menteri.

SEMPORNA: Kerajaan perlu memastikan semua pegawai khidmat awam agar sentiasa berlaku adil dan mesra rakyat bagi memastikan tidak berlaku diskriminasi semasa bertugas.

Pegawai awam yang tidak mengamalkan etika semasa bekerja boleh mencalarkan imej kerajaan kerana ia melibatkan perkhidmatan untuk rakyat.

Presiden Persatuan Bumiputera Bajau Semporna (PBBS), Mansor Santiri berkata pegawai awam mewakili pihak kerajaan dalam menentukan hala tuju dan dasar negara.

“Sekiranya ada pegawai awam yang menyalahgunakan kuasa dan tidak bertanggungjawab, sudah pasti dasar kerajaan tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

“Mereka perlu mempunyai integriti dalam melaksanakan tugas supaya rakyat mudah berurusan,” katanya selepas menghantar memorandum kepada pejabat Ketua Menteri dan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, baru-baru ini.

Mansor berkata, masalah disiplin pegawai awam perlu diambil berat kerana sejak akhir-akhir ini ramai penduduk di sini yang mengeluh dengan layanan tidak adil pegawai awam.

“Tahun ini sahaja, saya sudah menerima lebih 60 aduan daripada masyarakat berkenaan diskriminasi pegawai awam di sebuah pejabat kerajaan.

“Sebaik saya membuat tinjauan serta siasatan terhadap pejabat tersebut mendapati aduan masyarakat berkenaan munasabah dan betul,” katanya.

Menurutnya, usaha untuk memaklumkan perkara tersebut di peringkat tempatan di beberapa pejabat wakil rakyat sudah dibuat, namun masih belum mendapat maklum balas yang positif.

Terdahulu, isi kandungan memorandum tersebut menyatakan kegagalan seorang pegawai kerajaan untuk memproses permohonan masyarakat dan sikapnya yang tidak mesra.


utusanborneo.com.my/2021/12/16

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.938738 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list