Patutlah Muntah Ikan Paus Mahal Sangat, Rupanya Ini Kegunaannya!
Baru-baru ini, negara kita juga digemparkan dengan berita seorang wanita dari Marang, Terengganu yang dipercayai terjumpa muntah ikan paus.
Penemuan yang sangat jarang dilaporkan di negara ini cukup mengejutkan ramai orang dan jika muntah ikan paus tersebut disahkan tulen, wanita tersebut boleh menerima wang yang sangat-sangat lumayan hasil jualan muntah ikan paus tersebut.
Kredit Foto : utusan.com.my
Tahukah anda, pada tahun 2020, seorang nelayan Thailand dikatakan mempunyai harapan yang tinggi untuk bergelar jutawan apabila menemui ketulan besar muntah ikan paus di tepian pantai.
Muntah ikan paus yang ditemui mencatatkan berat 100 kg dengan nilai £2.4 million (RM 13 juta).
Sejak kejadian tersebut, ramai yang mula ingin tahu apakah keistimewaan muntah ikan paus ini dan mengapakah harganya sangat mahal ?
Kredit Foto : newsy-today.com
APA SEBENARNYA MUNTAH IKAN PAUS?
Muntah ikan paus terhasil daripada rembesan hempedu yang masuk ke dalam sistem penghadaman bagi melindungi usus daripada makanan atau benda asing yang termasuk ke dalam perut.
Disebabkan ia sangat sukar dijumpai secara semulajadi, ia mempunyai nilainya yang cukup tinggi.
Persoalannya, bagaimanakah rupa muntah ikan paus yang sedang sibuk diperkatakan sekarang?
Ambergris berwarna kelabu atau kehitaman kusam.
Walaupun sekali pandang rupanya seperti ketulan batu, ia mudah terbakar dan berlilin.
Sumber infografik : bernama.com
Menurut Ambergris Connect, nilai harga muntah ikan paus atau ambergris ini bergantung kepada kualiti dan warnanya.
Ambergris putih – paling berharga dan merupakan gred paling matang, boleh dijual apda $25 segram
Ambergris coklat – boleh dijual pada harga $23 segram
Ambergris hitam – gred paling ‘muda’ – boleh dijual pada harga $20 segram
BAGAIMANA CARA UNTUK MENGUJI KETULENAN MUNTAH IKAN PAUS ?
Biasanya orang yang menemui ketulan misteri seakan ambergris akan membakar permukaan ketulan besar tersebut menggunakan lighter.
Apabila melihatkan permukaan ketulan tersebut mencair dan mengeluarkan bau musky, memang besarlah harapan sesiapa yang menemukan ambergris pada ketika itu untuk menjana wang lumayan.
Namun, membakar permukaan ketulan tersebut sahaja tidak memadai bagi mengesahkan ketulenan muntah ikan paus.
Bagi mengesahkan nilai dan kesahihan ambergris, ia perlulah diperiksa oleh penyelidik bertauliah.
Bukan sebarangan orang yang boleh sahihkan ketulenan ambergris tau.
Di Malaysia, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merupakan satu-satunya universiti yang boleh mengesahkan ketulenan ambergris.
Ambergris yang ditemui akan diselidik oleh Pusat Perkhidmatan Penyelidikan & Lapangan (PPPL UMT) serta dibantu oleh pakar dari Fakulti Sains & Sekitaran Marin UMT dengan kerjasama Universiti Plymouth, England.
Menurut pengarah PPPL UMT, Prof Madya Dr Hasrizal Shaari, setakat ini, pihak mereka telah menerima sebanyak 18 sampel yang dipercayai ambergris yang dijumpai di perairan negara. Namun, semua sampel yang ditemui tidak mempunyai harga di pasaran.
Kredit Foto : Harian Metro
Komposisi & Kegunaan Muntah Ikan Paus
Ambrein yang merupakan komponen utama muntah ikan paus merupakan sejenis sebatian alkohol yang didapati daripada ambergris.
Ia digunakan dalam industri pembuatan minyak wangi sebagai agen yang membantu haruman minyak wangi kekal lebih lama.
Sampel yang diuji perlulah menjalani pelbagai ujian dan saringan kompleks sebelum ia disahkan ketulenannya.
Ambergris yang bernilai perlulah memiliki 3 bahan aktif utama dengan peratusan tertentu iaitu :