CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 602|Reply: 0

[Sarawak] RELA Betong diarah siap sedia hadapi musim landas

[Copy link]
Post time 17-12-2021 02:05 PM | Show all posts |Read mode


Uggah melakukan simbolik pelepasan konvoi motosikal di Betong.

KUCHING: Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)  Bahagian Betong telah diarahkan melakukan persiapan bagi menghadapi musim landas yang dijangka bermula Januari hingga Februari tahun depan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah berkata persiapan amat penting memandangkan situasi kini penuh dengan cabaran.

“Kita telah melihat pada masa lalu bagaimana jambatan dihanyutkan oleh air banjir dan jalan raya terputus akibat banjir sehingga menyebabkan orang ramai tidak dapat ke bandar dan kawasan lain.

“Kita juga telah melihat bagaimana orang ramai perlu diselamatkan sama ada untuk makanan dan bantuan lain dihantar kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupn taklimat kepada anggota RELA bagi menghadapi musim landas yang akan datang di Betong, hari ini.

Uggah berkata aspek yang sangat penting dalam persiapan mereka ialah sistem komunikasi.

“Mangsa perlu untuk menghubungi kita dan kita kepada mereka.

“Ini akan membolehkan kita mengetahui sama ada mereka memerlukan bantuan dan sebagainya,"

Beliau turut menambah satu lagi aspek yang perlu diberi perhatian ialah rakyat tahu apa yang perlu dilakukan apabila menghadapi sebarang banjir.

Hadir sama majlis Ahli Parlimen Betong, Datuk Robert Lawson Chuat dan calon GPS di DUN Layar Datuk Gerald Rentap Jabu.

Sementara itu Uggah turut menyempurnakan pelepasan konvoi motosikal bagi menyeru pengundi untuk turun mengundi pada esok.

Sebanyak 60 penunggang motosikal dari kampung berdekatan ke rumah panjang Uggah di Spaoh.


utusanborneo.com.my/2021/12/17

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.347010 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list