CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 479|Reply: 0

[Sabah] PIPWS sedia pelan strategik induk pembangunan wanita

[Copy link]
Post time 17-12-2021 02:10 PM | Show all posts |Read mode


KENANGAN: Tarsiah (depan, tengah) merakam gambar kenangan bersama peserta Bengkel PIPWS 2023-2032.

KOTA KINABALU: Bengkel Pelan Induk Pembangunan Wanita Sabah (PIPWS) menyediakan pelan strategik induk pembangunan wanita untuk 10 tahun bagi tahun 2023 hingga 2032.

Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS), Datuk Dr Tarsiah TZ Taman berkata, bengkel selama dua hari itu diadakan bagi mengenal pasti kelemahan yang dapat diperbaiki selain program yang boleh dianjurkan bagi wanita-wanita di negeri ini.

"Bengkel pertama diadakan bagi menggubal draf dengan isu-isu dan strategi-strategi yang berkaitan berdasarkan 17 teras yang ada.

"Fokus utama adalah brainstorming bersama peserta bagi mendapatkan info, pandangan serta cadangan dari pelbagai kementerian, jabatan dan agensi  terhadap keperluan perubahan pelan terdahulu selepas pandemik melanda.

"Pelan sedia ada hanya untuk lima tahun iaitu dari 2018 hingga 2022. Berdasarkan input yang diterima, kita menjangka PIPWS akan siap sepenuhnya menjelang Julai 2022," katanya ketika ditemui media di Ballroom Wisma Wanita baru-baru ini.

Untuk rekod, PIPWS merupakan anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) dan diadakan selama dua hari daripada 14 hingga 15 Disember dengan penyertaan 62 orang peserta.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kecil Sosial merangkap Ketua Penyelaras Program, Profesor Madya Dr Muhammad Idris Bullare@Bahari, Timbalan Pengarah JHEWA, Haslina Ismail, Ahli-ahli AJK dan JKK MPWS, Ketua-ketua bahagian JHEWA, Wakil-wakil dari lebih 20 Jabatan, Agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Universiti serta persendirian.


utusanborneo.com.my/2021/12/17

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.052746 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list