CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 433|Reply: 0

[Sabah] PMB Investment akan terus tarik pelabur

[Copy link]
Post time 17-12-2021 02:12 PM | Show all posts |Read mode


TERANGKAN: Mahani menjelaskan sesuatu ketika dalam majlis makan malam berkenaan.

KOTA KINABALU: PMB Investment Berhad (PMB Investment) terus nekad untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan di peringkat global.

Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment Mahani Ibrahim berkata, ia susulan sambutan positif pelabur ditunjukkan melalui dana global pertamanya yang dilancarkan pada Oktober lepas iaitu PMB Syariah Global Equity Fund (PMBSGEF).

"Ketika pelancaran itu, kita meletakkan sasaran jualan sebanyak RM20 juta sehingga hujung tahun ini.

"Setakat November 2021, PMBSGEF telah mencapai sasaran saiz jualan hampir RM18 juta. Pelabur mempunyai keyakinan untuk terus melabur dalam pasaran global walaupun terdapat peningkatan kembali kes pandemik dan risiko penularan.

"Bagaimanapun, tindakan pembendungan penularan pandemik yang agresif akan terus mempengaruhi aktiviti pelaburan," katanya ketika ditemui dalam Majlis Makan Malam Bersama Media di sini, semalam.

Beliau berkata, PMB Investment optimis PMBSGEF  mampu mencapai sasaran jualan sekurang-kurangnya RM25 juta sehingga RM50 juta dalam tempoh setahun selepas ia dilancarkan pada 28 Oktober lalu.

Katanya, ianya berikutan ekonomi Malaysia yang dijangka terus meningkat pada suku pertama tahun hadapan di mana Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka terus mengukuhkan diantara 5.5 peratus sehingga 6.5 peratus pada 2022 berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

"Pada suku keempat tahun ini, banyak sektor ekonomi dan sosial telah beroperasi sepenuhnya serta pelbagai kesinambungan inisiatif rangsangan telah dikeluarkan oleh kerajaan bagi menangani impak COVID-19 akan memberi kesan limpahan serta sokongan kepada ekonomi tahun hadapan," katanya.

Menurutnya, PMB Investment tidak terkecuali untuk mengambil langkah proaktif strategik dalam menyediakan pelbagai pilihan pelaburan di peringkat global dengan potensi pulangan pelaburan yang mampan sejajar dengan kesan pemulihan ekonomi semasa.

Beliau menjelaskan PMB Investment juga merancang untuk memperkenalkan tiga lagi dana saham amanah syariah kepada masyarakat pelabur dan dana pertama bakal dilancarkan pada suku pertama 2022.

"Satu road show akan diadakan dibeberapa lokasi terpilih di Sabah bagi menggalakkan pelaburan Saham Amanah, sesi taklimat juga diadakan dengan organisasi serta institusi pengajian tinggi.

"Kami mahu bagi pendedahan kepada masyarakat negeri ini khususnya golongan muda tentang pentingnya perancangan pelaburan di usia muda.

"Kami mahu jadikan pelaburan sebagai gaya hidup kumpulan ini, selain mula melabur awal, mereka juga boleh menjadi perunding unit amanah untuk sumber pendapatan sampingan atau secara penuh masa," katanya.

Selain itu katanya, satu program perintis dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk melatih 100 graduan sebagai Usahawan Kewangan Syariah PMB Investment telah diadakan.

"Para graduan harus digalakkan untuk tidak hanya bergantung kepada makan gaji semata-mata selepas tamat pengajian. Mereka boleh memulakan karier sebagai usahawan berjaya dan semua latihan serta kemahiran akan disampaikan oleh PMB Investment," katanya.


utusanborneo.com.my/2021/12/17

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.562481 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list