Edited by Vellfire at 18-12-2021 03:27 PM
![](https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/12/WhatsApp-Image-2021-12-18-at-11.13.11-PM.jpeg)
Abang Johari mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu selepas GPS berjaya memperoleh majoriti dua pertiga pada PRN kali ini.
KUCHING- Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Abang Openg selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu malam ini.
Istiadat angkat sumpah itu dilafazkan dihadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri Sarawak di sini sebentar tadi.
Abang Johari mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak selepas gabungan parti berkenaan berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.
Setakat pukul 10 malam tadi, GPS berjaya memenangi sebanyak 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Terdahulu, Abang Johari bersama pemimpim GPS lain berada di Pusat Konvensyen Borneo Kuching bagi meraikan kemenangan GPS yang berjaya menerima mandat membentuk kerajaan. – K! ONLINE
kosmo.com.my/2021/12/18
|