CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 776|Reply: 0

[Negeri Sembilan] [N9] Pemandu treler tular di Seremban, ditahan di Sungai Buloh

[Copy link]
Post time 19-12-2021 08:12 AM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar video yang tular sejak dua hari lalu memaparkan sebuah treler dipandu secara berbahaya. FOTO Ihsan Pembaca.



Seremban: Pemandu treler yang memandu dalam keadaan bahaya dengan menghimpit sebuah kereta dekat Kilometer 264, berhampiran Plaza Tol Seremban, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), di sini, rupanya turut terbabit dengan satu kemalangan maut di Sungai Buloh, awal pagi hari ini.

Pemandu treler yang tular kerana memandu secara berbahaya itu ditahan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sungai Buloh, jam 2 petang hari ini ketika diambil keterangan ekoran kejadian kemalangan maut berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, ujian saringan air kencing terhadap suspek juga mendapati pemandu treler terbabit positif dadah jenis methamphetamine.

"Pada 16 Disember lalu tular satu rakaman video di laman sosial berdurasi 18 saat yang memaparkan cara pemanduan sebuah treler mengubah haluan secara merbahaya dipercayai berlaku di Kilometer 264 Lebuhraya Plus, arah utara.


"Rakaman memaparkan sebuah treler yang datang dari arah Kulai, Johor menghala ke arah Kuala Lumpur mengubah haluan dari lorong tengah ke lorong kanan secara berbahaya.


"Treler dipandu lelaki itu dilihat menghimpit sebuah kereta yang sedang bergerak di lorong kanan sehingga hampir mengakibatkan kemalangan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, suspek seorang lelaki berusia 31 tahun berjaya ditahan di IPD Sungai Buloh, Selangor kira-kira jam 2 petang hari ini.

"Suspek ditahan ketika sedang diambil keterangan bersabit kes terbaharu membabitkan satu kejadian kemalangan maut di Sungai Buloh awal pagi hari ini.

"Ujian saringan air kencing juga dijalankan ke atas suspek dan mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

Disiarkan pada: Disember 18, 2021 @ 11:40pm




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.029382 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list