CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1095|Reply: 1

[Negeri Sembilan] [N9] 20 runtuhan tahan berlaku di sekitar Genting Peras

[Copy link]
Post time 20-12-2021 05:26 PM | Show all posts |Read mode

KEADAAN tanah runtuh di jalan Genting Peras-Kuala Klawang. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap



elebu: Kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Jalan Genting Peras-Kuala Klawang di sini, pagi hari ini hingga menyebabkan laluan kedua arah terhalang.

Kejadian itu berlaku berhampiran sempadan dengan daerah Hulu Langat, Selangor.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jelebu Mohd Fazzil Mohd Yunus berkata, kejadian dipercayai berlaku pagi hari ini berdasarkan keadaan kesan runtuhan.

Tinjauan di lokasi kejadian mendapati banyak runtuhan berlaku di sepanjang laluan berkenaan.



Terdapat lebih 20 runtuhan dengan ada runtuhan boleh dikategori sebagai sangat teruk.

Disiarkan pada: Disember 20, 2021 @ 1:18



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-12-2021 05:29 PM | Show all posts

PASUKAN STORM digerakkan bagi membantu mangsa di daerah Hulu Langat berhampiran Semenyih. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap



Jelebu : Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan menggerakkan Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) bagi menyelamat dua mangsa yang terperangkap selepas kereta dinaiki dihempap runtuhan di Hulu Langat, Selangor.



Pemangku Ketua Zon 3, Timbalan Penguasa Bomba (TPgB) II, Ahmad Nazmi Halil berkata, dua mangsa itu dipercayai patah kaki selepas Perodua Axia dihempap runtuhan ketika melalui jalan berhampiran sempadan Jelebu pada Jumaat lalu.



Katanya, mangsa dipercayai dapat keluar dari kereta namun tidak boleh bergerak disebabkan kecederaan. "Berdasarkan halangan untuk pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih tiba ke lokasi, kita menggerakkan pasukan STORM bagi menyelamatkan mangsa.

"Seramai 11 anggota digerakkan pada jam 12.13 tengah hari tadi dengan lokasi kejadian kira-kira 10 kilometer dari sempadan daerah Jelebu dan kesemua pasukan menyelamat berjalan kaki," katanya ditemui di Genting Peras hari ini.



Hadir sama, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jelebu, Mohd Fazzil Mohd Yunus.

Ahmad Nazmi berkata, pihaknya membawa pelbagai menyelamat bagi tujuan berkenaan.

Katanya, maklumat lengkap mangsa belum diketahui setakat ini.


Disiarkan pada: Disember 20, 2021 @ 1:17pm



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.074932 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list