CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2438|Reply: 0

Cara pulikan 'Overthinking'

[Copy link]
Post time 25-12-2021 07:01 PM | Show all posts |Read mode
Overthinking: Terus Perlu Mengikut Perasaan Atau Mencari Jalan Penyelesaian?

Anda merasa menderita kerana terlalu banyak berfikir dan perkara itu perlahan-lahan membunuh diri anda kerana terlalu memikirkan segala-galanya dalam satu masa.


Pasti ramai yang bersetuju bahawa berfikir sebenarnya baik bagi melatih otak tetapi adakah ianya juga baik untuk kita memikirkan sesuatu perkara berulang kali atau secara berlebih-lebihan? Kadangkala sehingga kita terlupa akan perkara lain yang lebih penting. Wajarkah kita terus berfikiran sebegitu?

Sesetengah daripada kita lebih cenderung dan tidak dapat melupakan masalah masa lalu sehingga kita terus menyalahkan diri sendiri, bimbang ianya akan berulang lagi dan bimbang akan perkara akan datang. Oleh itu, adalah penting untuk kita ambil tahu bila kita harus menghadkan cara kita berfikir akan sesuatu perkara.

Untuk artikel kali ini, kami akan berkongsi dengan pembaca cara untuk mengatasi masalah overthinking atau kerap memikirkan sesuatu secara melampau. Jom kita tengok!



1. Alihkan Pemikiran Kepada Perkara Yang Lebih Menyeronokkan
Sebenarnya masih ramai yang tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya kerap overthinking. Mereka terus melayan perasaan tanpa cuba untuk mencari jalan penyelesaian. Bagi mengelakkan dari anda terus berfikir secara berlebihan, cuba alihkan fikiran anda kepada perkara yang lebih menyeronokkan.

Contohnya, melukis, bermain muzik atau apa sahaja hobi kegemaran anda yang dapat membolehkan anda melupakan masalah anda.

Apabila selalu overthinking, anda juga perlu berehat seketika bagi melapangkan minda dan anda juga boleh memohon cuti dan pergi bercuti bagi mengurangkan masalah overthinking. Rileks dan lakukan aktiviti yang menyeronokkan yang dapat membuatkan kita lupa seketika masalah yang sering kita fikirkan.




2. Cuba Untuk Melupakan Masa Lalu
Keterlaluan berfikir boleh berlaku apabila kita masih sukar untuk melepaskan masa lalu. Sebagai contoh, ada orang yang terlalu banyak berfikir dan tidak dapat menerima hakikat bahawa hubungan mereka dengan pasangan telah berakhir atau anda rasa sakit hati dengan seseorang dan ada rasa dendam dalam hati.

Untuk mengelakkan dari anda terlalu banyak  berfikir, anda harus cuba menerima hakikat dan melihat bahawa ada hikmah disebalik setiap kejadian yang berlaku. Cuba lupakan masa lalu dan ingat bahawa seburuk manapun masa lalu yang telah kita lalui, percayalah pasti ada pengajaran yang boleh kita ambil.

Daripada bertanya “Mengapa ini terjadi”,  dan terus menyalahkan diri sendiri sebaiknya bertanya “Apa yang harus aku lakukan?” bagi memperbaiki segalanya.



Kesihatan mental dan fizikal itu sangat berkait rapat. Jadi, bukan sahaja untuk tubuh badan, senaman juga mempunyai manfaat untuk kesihatan mental yang baik terutamanya ketika bersenam pada waktu pagi. Ini boleh  berlaku kerana peningkatan kadar denyutan jantung semasa senaman dapat menghalang kerosakan otak akibat terlalu banyak berfikir atau tekanan.

4. Menerapkan Mindfulness
Adakah overthinking dapat diatasi dengan bermeditasi? Sudah tentulah boleh! Tapi bukan semua teknik meditasi dapat digunakan untuk mengatasi masalah overthinking. Jika anda ingin menghilangkan masalah overthinking, cuba amalkan mindfulness.

Mindfulness merupakan teknik meditasi yang mempunyai dua bahagian utama iaitu perhatian dan penerimaan. Teknik ini secara positif akan mengubah otrak dan biologi mansusia untuk meningkatkan kesihatan fizikal dan mental. Ringkasnya, amalan mindfulness memerlukan kita lebih fokus pada apa yang kita lakukan.

Contohnya, ketika kita sedang makan, kita harus fokus pada makan bukan berselang seli sambil bermain telefon bimbit. Apabila anda berhasrat untuk menonton filem, fokus pada filem dan jangan berkhayal tentang perkara lain.



5. Menulis
Kadang-kadang kita tidak hanya boleh bergantung pada orang lain. Mungkin mereka sibuk dengan kerja dan aktiviti mereka sendiri. Selain itu, tidak semua perkara boleh diceritakan kepada ramai orang. Jadi, anda boleh mencurahkan segala fikiran dan perasaan anda dengan cara menulis.

Jika anda keliru tentang kepada siapa yang hendak diberitahu, anda boleh menulis segalanya di dalam diari, komputer riba, telefon bimbit atau kertas. Anda boleh menulis segala yang anda fikirkan!

Menulis adalah jalan yang selamat kerana tiada penilaian dari pihak lain.

Itulah antara 5 tips yang dapat kami kongsikan buat anda yang selalu overthinking. Ingat ya overthinking juga boleh meningkatkan risiko tekanan dan kemurungan.

Anda perlu lebih fokus pada masa kini, lupakan masa lalu dan lebih tenang untuk masa akan datang.

Sumber:https://murai.my/2021/134715/ove ... jalan-penyelesaian/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 43345 Replies : 1687
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 49926 Replies : 1378
Air laut di Thailand penuh najis manusia
ultra78Air laut di Thailand penuh najis manusia
Views : 34062 Replies : 10
Nenek pun boleh....
maklukpenggodaNenek pun boleh....
Views : 10411 Replies : 16
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 109476 Replies : 1139
Skandal 18 polis yang memalukan Indonesia
maklukpenggodaSkandal 18 polis yang memalukan Indonesi
Views : 94030 Replies : 48
Berita malam seram:Viral isu Iblis, syaitan dan sekutunya bina HQ di tengah laut.”
YgBenarBerita malam seram:Viral isu Iblis, syai
Views : 30422 Replies : 52
'Syarikat insurans untung bilion, anehnya mahu naikkan premium hingga 70 peratus'
Abahmung'Syarikat insurans untung bilion, an
Views : 17926 Replies : 53

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.266542 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list