![](https://suarasarawak.my/wp-content/uploads/2021/12/people-g0de6475f6_640.jpg)
KUCHING: Sektor pusat permainan kanak-kanak (arked) yang bertempat di pusat beli-belah dibenarkan beroperasi bermula 1 Januari 2022.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, pusat tersebut dibenarkan beroperasi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang disediakan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak (MLGH).
“Operator pusat permainan kanak-kanak perlu memohon kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum memulakan operasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, JPBN mengingatkan premis perniagaan bahawa Sarawak masih berada dalam PPN Fasa 3 dan masa beroperasi perniagaan dihadkan sehingga jam 12.00 tengah malam sahaja.
“Aktiviti sambutan ambang Tahun Baharu adalah tidak dibenarkan. Operator premis perniagaan yang didapati tidak mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan kompaun,” tegasnya.
Tambah JPBN, pihak penguat kuasa akan mempertingkatkan operasi bersepadu dalam tempoh ini untuk memantau pematuhan SOP aktiviti sambutan tersebut. by Suaraswk
December 28, 2021
|