CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1075|Reply: 0

[DUNIA] 12 anak pada usia 33 tahun

[Copy link]
Post time 30-12-2021 12:27 PM | Show all posts |Read mode

BRITNI Chuch bersama suami dan anak-anaknya.

New York: Pada usia 33 tahun, seorang wanita di bandar Arkansas, Amerika Syarikat (AS) sudah bergelar ibu kepada 12 anak.

Kisah Britni Chuch mendapat perhatian selepas berkongsi kehidupannya di TikTok hingga menerima pertanyaan bagaimana dia membesarkan anak.

Difahamkan, Britni melahirkan anak sulung, Crizman, 16, enam hari selepas menyambut ulang tahunnya yang ke-16 bersama bekas suaminya.

Pasangan itu berkahwin lima hari, sebelum itu, dan kemudian mempunyai empat lagi anak iaitu Jordan, 15, Caleb, 14, Jace, 13 dan Cadence, 11.

Selepas berpisah pada 2010, Britni secara tidak dijangka hamil anak keenam, Jesalyn, 2012.

Anaknya itu kini berusia sembilan tahun.

Britni menghabiskan tiga tahun membesarkan anaknya sendirian sebagai ibu tunggal, sebelum bertemu dengan suaminya sekarang, Chris, pada 2014.

Tidak lama kemudian pasangan itu mempunyai anak lelaki pertama mereka bersama, Silas, pada musim panas 2015.

Tahun berikutnya iaitu pada 2016, Britni melahirkan seorang lagi anak lelaki diberi nama Christopher.

Mengejutkan apabila dia dikurniakan kembar tiga iaitu Oliver, Asher dan Abel pada Jun tahun lalu sebelum dapat seorang lagi anak.

Tidak mendedahkan dengan tepat apa yang dilakukan Chris, namun Britni memberitahu suaminya itu mempunyai perniagaan sendiri dan wanita itu kini tinggal di rumah bersama anak.

Sebelum 2020, Britni bekerja di kilang tetapi berhenti kerja apabila anak kembar tiganya Oliver, Asher dan Abel dilahirkan.

"Sebelum kembar tiga dilahirkan, saya bekerja di kilang tetapi kini saya boleh tinggal di rumah bersama mereka.

"Saya jana pendapatan di media sosial," katanya.

Sejak mula berkongsi coretan kehidupan hariannya di TikTok, Britni mendapat lebih 53 juta tanda suka pada video dimuat naiknya.

Dia mendakwa memperoleh pendapatan daripada Dana Pencipta platform- tempat pengguna memperoleh wang melalui tontonan.

Bukan setakat itu, dia juga mempunyai lebih 117,000 pengikut di Instagram (IG).

Pasangan itu perlu membelanjakan bersamaan 230 Pound Sterling (kira-kira RM1,292) dalam tempoh seminggu untuk membeli barangan runcit, dan membeli lima kotak bijirin, 66 karton susu dan 600 lampin.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.037161 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list