CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 430|Reply: 0

[Pahang] Gajah musnahkan penempatan Orang Asli Kampung Yong

[Copy link]
Post time 3-1-2022 01:36 PM | Show all posts |Read mode

PENEMPATAN Orang Asli kaum Bateq di Kampung Yong dimusnahkan gajah liar sejak lima hari lalu. FOTO Roselan Ab Malek.

Jerantut: Penduduk Orang Asli suku kaum Bateq di Kampung Yong, di sini, berdepan detik cemas apabila sebahagian rumah mereka roboh diserang seekor gajah liar minggu lalu.

Aswan Jamal, 48, berkata, kejadian berlaku pada 8 malam ketika mereka sekeluarga sedang berehat, sebelum dikejutkan dengan gegaran di bahagian rumah.

Katanya, selepas meninjau di luar rumah dia ternampak seekor gajah sedang menggoyangkan rumah didiami empat beranak itu.

"Saya meminta isteri dan anak lari menyelamatkan diri, namun secara tiba-tiba isteri pengsan menyebabkan saya terpaksa mendukungnya

"Kami lari ke kawasan tebing sungai kerana risau dengan serangan itu walaupun keadaan ketika itu sangat gelap kerana bimbang kejadian tidak diingini berlaku," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurutnya, sebaik pulang ke rumah keesokan harinya, didapati dapur rumah yang diperbuat daripada buluh dan kayu rosak dan tumbang.

Menurut, gajah terbabit dipercayai menyelongkar bahagian dapur untuk mencari makanan terutama garam.

Sementara rakannya Ardi Buyong, 52, berkata, kebanyakan rumah penduduk rosak akibat serangan itu.


AHMAD Nazlan (baju putih) melawat Ardi Buyong (kanan duduk) yang kediamannya rosak diserang gajah. FOTO Roselan Ab Malek.

Katanya, sebelum ini, gajah hanya memusnahkan tanaman penduduk seperti ubi kayu dan pisang sahaja.

Menurutnya, pada malam kedua penduduk membuat unggun api bagi mengelakkan gajah datang, namun haiwan liar itu tetap kembali menyelongkar rumah lain untuk mencari makanan.

"Sejak itu, kami tidak berani duduk di situ kerana setakat ini lapan rumah sudah dirosakkan gajah.

"Kami berpindah ke penempatan sementara di Tanjung Tekah di seberang Sungai Tembeling bagi mengelakkan kejadian buruk berlaku terutama kepada anak kami.

"Kami berterima kasih kepada Bird Group Taman Negara kerana menghantar bekalan makanan dan khemah untuk kami berlindung, pada ketika kejadian itu berlaku," katanya.

Sementara itu Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris turut melawat untuk bertanya khabar sambil menghantar tilam, bantal dan selimut serta makanan kepada mereka hari ini.

Turut bersama. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tahan, Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin dan Ketua Kampung Kuala Tahan, Abdul Jalil Abdul Rahman.

Ahmah Nazlan berkata, beliau cuba mencadangkan supaya mereka berpindah ke kawasan baharu dan kerajaan akan membuat penempatan khas untuk mereka.

"Namun mereka lebih senang tinggal di situ dengan alasan senang hendak mencari makan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.030248 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list