|
Gambar hiasan.
Pakai ‘korset’ ketat boleh sakit pinggang
PETALING JAYA – Sudah menjadi lumrah seorang wanita dalam mementingkan penampilan diri sehingga mereka sanggup menghabiskan ratusan ringgit setiap bulan untuk kelihatan cantik.
Perut buncit merupakan antara masalah utama yang sering dihadapi oleh wanita terutamanya kaum ibu disebabkan faktor selepas bersalin.
Untuk mengatasi masalah ini, ada di antara mereka mengambil inisiatif dengan memakai korset bagi memperbaiki postur badan terutamanya mengurangkan perut buncit.
Dalam pada itu, masih ramai yang tidak peka dengan kesan dari pemakaian korset dalam jangka masa yang panjang sehingga mengundang kepada risiko kesihatan yang lebih bahaya.
Menerusi perkongsian Public Health Malaysia (PHM) di laman Facebooknya, pemakaian korset yang ketat boleh mengakibatkan otot belakang tubuh menjadi lemah dan memburukkan masalah sakit pinggang.
“Selain itu, kesan buruknya juga mampu mengakibatkan tulang rusuk dan kapasiti paru-paru berkurangan sebanyak 30 hingga 60 peratus.
“Manakala, untuk jangka masa panjang akan berlaku radang di dalam paru-paru yang boleh menyebabkan masalah pernafasan yang kronik,” katanya dalam satu hantaran.
Tambah PHM, ada juga pesakit tulang belakang disarankan untuk memakai korset untuk membantu mereka mendapatkan postur badan yang lebih baik tetapi hanya dengan kebenaran dan nasihat dari pakar.
“Memakai korset yang ketat dalam masa yang panjang adalah satu penderaan dan penganiayaan kepada tubuh badan,” katanya. – K!
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... leh-sakit-pinggang/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|