View: 882|Reply: 0
|
Arab Saudi lelong 3 lesen melombong tahun ini
[Copy link]
|
|
Menteri Tenaga Arab Saudi, Putera Abdulaziz bin Salman Al-Saud. - Foto REUTERS
RIYADH: Arab Saudi merancang melakukan lelongan tiga lesen perlombongan tahun ini, termasuk lombong Khnaiguiyah dengan anggaran simpanan zink dan tembaga sekitar 26 juta tan.
Menteri Perlombongan dan Industri Arab Saudi, Bandar Al-khorayef, berkata lesen itu akan dilelong mengikut undang-undang perlombongan baharu yang berkuat kuasa mulai bulan ini.
"Ia bertujuan mempercepatkan pelaburan asing dalam sektor ini, sebagai sebahagian daripada usaha mempelbagaikan ekonomi hidrokarbon negara.
"Khnaiguiyah akan menjadi yang pertama," katanya sambil menambah bahawa proses bidaan akan bermula pada penghujung suku pertama tahun ini atau awal suku kedua.
Beliau berkata demikian dalam temu bual dengan Reuters di luar persidangan perlombongan antarabangsa yang diadakan di Riyadh.
Beliau menjelaskan, fasa pra-kelayakan bidaan itu akan mengambil masa kira-kira enam bulan.
Menteri itu menambah bahawa dua lagi lokasi akan dilelong bergantung pada pengesahan teknikal.
"Sekurang-kurangnya tiga... lebih atau kurang, tetapi ini memerlukan pengesahan teknikal." katanya.
Riyadh kini berusaha membina ekonomi yang tidak banyak bergantung kepada industri minyak dan beralih kepada industri pelombongan rizab bauksit yang belum diterokai, sumber utama aluminium serta fosfat, emas, tembaga dan uranium.
Negara itu menganggarkan sumber mineral kerajaan yang tidak digunakan itu bernilai 5 trilion riyal (RM5.56 trilion).
Pada persidangan yang sama, Kementerian Tenaga Arab Saudi memaklumkan, sebagai negara pengeksport minyak mentah terbesar dunia, mereka merancang menggunakan sumber uranium bagi membangunkan program tenaga nuklear.
Menteri Tenaga Arab Saudi, Putera Abdulaziz bin Salman Al-Saud, berkata negara itu mensasarkan pengwujudan lebih 200,000 peluang pekerjaan langsung dan tidak langsung dalam sektor perlombongan menjelang 2030.
Negara itu juga sedang merangka undang-undang khusus bagi pelesenan sumber tenaga baharu itu.
"Jadi, akan ada aktiviti tertentu yang akan ditawarkan oleh pembida dan begitulah cara kita menilai bidaan yang akan dibuat.
"Pembida mungkin akan menumpukan kepada pembangunan teknologi, sumbangan kepada masyarakat setempat atau kriteria lain.
"Ia adalah formula yang rumit tetapi membolehkan kerajaan menilai bidaan berdasarkan pelbagai elemen dan penunjuk prestasi utama (KPI), katanya. - REUTERS
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|