View: 474|Reply: 0
|
Demam babi Afrika merebak ke Indonesia
[Copy link]
|
|
JAKARTA: Kes demam babi Afrika atau 'African swine fever' (ASF) yang ditemui di Thailand baru-baru ini, turut dilaporkan merebak di beberapa kawasan di Indonesia.
Menurut laman sesawang rasmi Kementerian Pertanian Indonesia, kes ASF pernah dikesan di beberapa kota di Sumatera Utara.
Menurut laporan Kompas.com, antara bandar yang melaporkan jangkitan berkenaan adalah Dairi, Deli Serdang, Karo, Tebing Tinggi, Permatang, Tapanuli Selatan, Langkat dan Pematang Siantar.
Kementerian mengklasifikasikan demam babi Afrika sebagai penyakit pada babi yang sangat menular dan boleh menyebabkan kematian pada babi hingga seratus peratus serta mengakibatkan kerugian ekonomi yang sangat besar.
Portal USDA melaporkan, demam ASF sebenarnya bukanlah ancaman bagi kesihatan manusia dan tidak dapat disebarkan dari babi kepada manusia.
Pihak berkuasa Thailand mengesan kes demam babi Afrika, dalam satu sampel calitan dari sebuah rumah penyembelihan di wilayah Nakhon Pathom pada 10 Januari lalu, sekali gus menjadi kes rasmi pertama di negara itu.
Pengesahan itu dibuat selepas pihak berkuasa Thailand sejak bertahun-tahun menafikan kewujudan wabak tempatan, bagi penyakit maut yang melanda Eropah dan Asia sejak beberapa tahun lalu dan membunuh ratusan juta babi. - AGENSI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|