View: 577|Reply: 0
|
Terowong bawah tasik paling panjang di China
[Copy link]
|
|
Terowong bawah Tasik Taihu, Jiangsu sepanjang 10.79 kilometer. - Foto Xinhua
BEIJING - Sebuah terowong lebuh raya sepanjang 10.79 kilometer (km) dan berada di bawah sebuah tasik air tawar di China serta terletak di wilayah Jiangsu, timur negara berkenaan telah dibuka untuk kegunaan pengguna-pengguna kenderaan baru-baru ini.
Terowong di bawah air tawar yang paling panjang di negara itu berada di bawah Tasik Taihu di wilayah tersebut dan menurut pegawai kerajaan di wilayah tersebut, terowong berkenaan dibina dengan kos lebih AS$1 bilion (RM4.18 bilion).
Tasik Taihu ialah tasik air tawar yang ketiga terbesar di negara itu.
Ia mula dibina pada pada 9 Januari 2018 dan terowong tu adalah sebahagian daripada Lebuh Raya Changzhou-Wuxi sepanjang 43.9 kilometer (km).
Lebih dua juta meter padu konkrit digunakan untuk membina terowong tersebut yang memiliki enam lorong dan selebar 17.45 meter.
Siling terowong itu telah dilengkapi dengan lampu diod pancaran cahaya (LED) berwarna-warni yang dirancang untuk mengelakkan pemandu berasa letih.
Bagaimanapun, ia masih belum dapat mengatasi terowong bawah laut paling panjang di dunia di Norway.
Terowong Ryfast di Norway itu sepanjang 14.3km dan menghubungkan bandar Stavanger dan Strand. - Agensi
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ng-panjang-di-China
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|