Edited by Vellfire at 16-1-2022 11:09 AM
Gunung berapi bawah laut Tonga meletus picu tsunami
TONGA: Gunung berapi Hunga-Tonga-Hunga-Ha’apai meletus pada Jumaat lepas dan memuntah abu sejauh 20 kilometer ke udara.
Gunung berapi bawah laut ini berada di Pasifik Selatan, 30km tenggara Pulau Fonuafo’ou Tonga dan sekitar 65km utara Nuku’alofa.
Aktiviti gunung berapi Tonga itu sendiri meningkat sejak 20 Disember 2021 lepas.
Letusan kedua Gunung berapa berlaku pada Sabtu (15/1) lepas.
Badan Meteorologi Australia mencatat gelombang tsunami setinggi 1.2 meter dekat Nuku’alofa padac 5.30 waktu setempat.
Sementara itu, Pasific Tsunami Warning Center melaporkan berlaku tsunami setinggi 0.8 meter
Pago Pago, ibu kota Samoa, melaporkan gelombang tsunami mencapai 0.7 meter.
Cuaca New Zealand mencatatkan lonjakan tekanan cuaca akibat letusan gunung.
National Weather Service Seattle mengeluarkan peringatan tsunami untuk Pantai Pasifik AS dengan AS menutup semua pantainya.
Peringatan tsunami turut dihebohkan di sepanjang pantai Jepun. Dengan tsunami direkodkan setinggi 1.2 meter menghentam Pulau Amami Oshima, Kagoshima, diikuti gelombang 1.1 meter di Pelabuhan Kuju.
sarawakvoice.com/2022/01/16
|